Cikgu Terkejut Pelajar Buka Video Lucah Ketika Kelas Online

Banyak cabaran yang perlu dihadapi cikgu-cikgu dan anak murid pada waktu ini kerana terpaksa meneruskan sesi pembelajaran secara online di rumah.

Norma baru Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ini terpaksa dipraktikkan berikutan pandemik yang terus melanda dunia. Tapi, kenakalan anak murid masih tidak berubah dan terus menekan cikgu.

Anak murid berani buat perangai sebab tak jumpa cikgu lagi

Ini terjadi kepada seorang cikgu yang mengajar di Kepong yang mendedahkan dia diganggu pelajar dengan tayangan video lucah oleh anak murid ketika sedang mengajar.

Murid mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google meet dengan menyiarkan video lucah. Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru. – Kongsi guru terbabit.

Advertisement

Baru masuk tingkatan 1 sudah berani buat perkara tak senonoh macam ni! Cikgu ini juga dikatakan terpaksa menghentikan sesi PdPR atas perbuatan tak senonoh pelajar tersebut.

Cikgu lain juga terima masalah yang sama

Gangguan ini turut dialami seorang lagi cikgu yang lain di mana ada pelajar yang sengaja menaikkan gambar lucah ketika sesi PdPR berlangsung.

Saya terkejut dengan kejadian yang tidak diingini, apatah lagi ketika itu pelajar murid-murid sekitar 100 orang sedang mengikuti pembelajaran. Disebabkan seorang murid nakal yang buat hal, habis sesi pembelajaran terpaksa dihentikan. – Kata cikgu terbabit.

Masalah ini bagaimanapun telah dimaklumkan kepada ibu bapa pihak pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan daerah. Situasi ini amat membimbangkan kita dan diharapkan ibu bapa dapat memantau anak-anak.

Sumber

Comments