(COVID-19): 1,240 Kes Baharu, 7 Kematian Dilaporkan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 1,240 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini.

Menurutnya daripada jumlah itu, 1,238 kes merupakan penularan tempatan dan hanya 2 jangkitan import menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 27,805 kes.

Untuk rekod, jumlah kes baru yang dicatatkan hari ini merupakan penularan paling tinggi sejak wabak berkenaan melanda Malaysia.

Advertisement

Dedahnya lagi, tujuh kes kematian baru dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut adalah 236 orang.

Comments

comments