(COVID-19): 1,755 Kes Baharu Dengan 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan angka baharu jangkitan COVID-19 hari ini ialah sebanyak 1,755.

Daripada jumlah berkenaan, 1,752 merupakan kes penularan tempatan manakala bakinya kes import menjadikan angka keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 38,189.

Namun demikian, sebanyak 726 pesakit dilaporkan sembuh sepenuhnya hari ini menjadikan angka keseluruhan pesakit pulih berjumlah 26,380 kes.

Advertisement

Terdapat 2 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah mangsa yang maut seramai 279 orang.

Comments

comments