COVID-19: 5 Doktor Itali Meninggal Dunia Dan 2,600 Lagi Staf Kesihatan Disahkan Positif

gambar sekadar hiasan

Masalah penyebaran wabak COVID-19 semakin membimbangkan banyak pihak. Tetapi ada lagi segelintir daripada kita seolah-olah ‘tidak faham bahasa’ tentang bahaya virus ini. Jika terus berfikiran sedemikian maka kita bakal menghadapi sesuatu yang lebih teruk.

Baca: COVID-19: Bagaimana Itali Berubah Dari Tahap 1 Ke Tahap 6 Dalam Masa 3  Minggu Sahaja

Itali adalah negara yang menghadapi kes kematian dalam sehari yang tertinggi di dunia. Seramai lima orang doktor di Itali telah disahkan meninggal dunia akibat virus ini. Setakat ini, terdapat 2,629 lagi petugas kesihatan telah disahkan positif.

Menurut sumber, ini adalah kes yang terbaru di mana sebelum ini Itali pernah mencatat sebanyak 8 kematian dalam kalangan petugas kesihatan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 13 orang.

“Kami telah kehabisan sarung tangan”

Menurut temubual terakhir seorang doktor yang telah meninggal dunia di Itali iaitu Marcello Natali 57, sebelum disahkan dijangkiti COVID-19 beliau terpaksa merawat pesakit tanpa memakai sarung tangan.

Beliau juga menyatakan bahawa keadaan hospital di sana sudah tidak selamat sejak Febuari yang lalu. Bayangkan apabila sarung tangan yang sepatutnya dipakai setengah hari sahaja, terpaksa digunakan selama seminggu.

“14 daripada 35 orang doktor positif COVID-19”

Menurut kenyataan yang diberikan, seramai 14 daripada 35 doktor di kawasan berdekatan telah disahkan positif dan kini sedang dikuarantin dan dimasukkan ke hospital sejak 28 Febuari yang lalu.

Terkini, Itali telah mencatat sebanyak 475 kematian dan seramai 4,207 lagi kes baru dilaporkan. Jumlah petugas kesihatan yang telah dijangkiti adalah bersamaan dengan 8.3 peratus jangkitan yang telah berlaku di negara itu.

Jadikan ini sebagai pengajaran buat kita semua. Ikutlah arahan pihak berkuasa dan duduk sahaja di rumah.

Sumber

Comments

comments