COVID-19: 5 Pegawai Pendaftar Nikah Dikuarantin, Akad Nikah Di Selangor Ditunda

1861
akad nikah di selagor ditunda

Disebabkan COVID-19 kian memburuk di dalam Malaysia, tiada siapa pasti dari manakah mereka boleh berjangkit dengan virus itu. Atas sebab itu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menghalangnya daripada terus merebak.

Dalam berjaga-jaga, dikhabarkan bahawa lima pembantu pendaftar perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun dikuarantinkan selepas kontak dengan individu yang dijangkiti COVID-19. Kesemua imam nikah tersebut sedang menantikan keputusan selepas melakukan pemeriksaan virus itu.

Dikatakan bahawa kesemua imam itu mempunyai kontak dengan pesakit positif COVID-19 dalam masa yang berbeza. Pegawai pertama telah menjalankan akad nikah dengan pengantin lelaki yang sudah pun positif virus tersebut. Malahan si isteri dan saudara yang lain juga disahkan positif COVID-19 dan disyaki berjangkit daripada lelaki itu. Dikhabarkan dia telah menghadiri ijtimak tabligh yang berlangsung di Masjid Seri Petaling dan kesnya dimasukkan di bawah kluster tabligh.

Pegawai kedua pula mempunyai kontak rapat dengan pengarah dan timbalan pengarah bagi sebuah masjid, di mana kedua-duanya telah pun disahkan positif COVID-19.

akad nikah di selagor ditunda

Pegawai ketiga disyaki positif virus tersebut selepas bersalaman dengan dua individu tabligh yang merupakan pesakit positif COVID-19.

Pegawai keempat pula mempunyai kontak rapat dengan ayah kepada pengantin lelaki yang sudah pun disahkan positif virus itu.

Pegawai kelima mendapat jangkitan tersebut selepas menghadiri ijtimak tabligh yang berlangsung di Masjid Seri Petaling daripada 27 Feb dan 1 Mac lepas.

Kesemua pegawai itu telah pun dikuarantin di rumah bagi mengekang penularan wabak tersebut. Oleh sebab itu, kesemua majlis akad nikah yang telah dijadualkan di kawasan Selangor ditunda ke suatu masa yang belum ditetapkan lagi. Kesemua majlis nikah akan dijalankan seperti mana arahan yang sudah dikeluarkan oleh negeri Perak dan Sarawak.

Kepada para pengantin, harapnya dapat melalui ujian ini dengan sabarnya.

Sumber

Comments

comments