(COVID-19): 799 Kes Baharu Direkodkan Dengan 3 Kematian Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sebanyak 799 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara hari ini.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah sebanyak 30,889 kes setakat jam 12 tengahari tadi.

Menurutnya lagi, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 10,392 kes dan diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

Advertisement

Untuk rekod, pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 491 orang pada hari ini sdan menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 20,248 orang.

Ujarnya lagi, 90 kes positif Covid-19 dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 20 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Terbaharu, 3 lagi kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 249 orang.

Comments

comments