COVID-19: Animal Malaysia Minta KKM Beri Maklumat Sahih Sahaja Mengenai Jangkitan Daripada Haiwan Peliharaan

Pada awalnya, kajian mengatakan bahawa COVID-19 tidak boleh menjangkiti haiwan. Namun begitu, selepas beberapa kes haiwan yang dilaporkan dijangkiti virus tersebut, ramai yang mula panik dengan berita tersebut memandangkan mereka mempunyai haiwan peliharaan di rumah.

BACA: ‘Nadia’ Menjadi Harimau Malaya Pertama Diuji Positif COVID-19

Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengingatkan semua supaya mencuci tangan sebelum dan selepas memegang atau bermain dengan haiwan peliharaan masing-masing.

Jika kita tidak dapat menjarakkan diri dengan haiwan peliharaan, penting untuk menjaga kebersihan sepanjang masa termasuk apabila mempunyai kontak dengannya (haiwan peliharaan).

Selain itu, KKM juga dikhabarkan bakal bekerjasama secara rapat dengan Jabatan Veterinar untuk mendapatkan nasihat lanjut berhubung perkara itu.

Advertisement

Dr Noor Hisham Abdullah

Pun begitu, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) telah meminta KKM supaya mendapatkan kepastian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan Haiwan (OIE) dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan panik kepada pemilik haiwan peliharaan.

Ini kerana ramai yang meluahkan rasa risau selepas membaca kenyataan KKM itu supaya tidak mendekati haiwan peliharaan masing-masing.

WHO ada mengeluarkan kenyataan tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing boleh menyebarkan wabak COVID-19 kepada manusia. Justeru, diminta semua masyarakat menyampai dan mendengar berita sahih saja.

Apa pun, tak salah mengambil langkah berjaga bagi membendung penularan COVID-19.

Sumber

Comments

comments