COVID-19: Bagaimana Itali Berubah Dari Tahap 1 Ke Tahap 6 Dalam Masa 3 Minggu Sahaja

itali coronavirus

Jika anda masih keluar bersama kawan-kawan, masih melepak di restoran dan kedai makan dan menganggap perkara seperti ini bukanlah sebesar mana yang sedang dihebohkan maka anda yang sebenarnya yang mempunyai masalah besar. Penulisan ini diambil daripada coretan seorang rakyat Itali yang menulis tentang To the rest of the world, you have no idea what’s coming (kepada masyarakat dunia di luar sana, anda tidak akan tahu apa yang bakal muncul).

Baca: Itali Mencatatkan Peningkatan Drastik 368 Kematian Akibat COVID-19 Dalam Masa 24 Jam

Seperti yang semua sedia maklum, Itali telah mengisytiharkan kuarantin yang ketat disebabkan wabak Covid-19 yang sedang memuncak. Keadaan ini dikira sebagai sesuatu yang berada diluar jangkaan. Tetapi apa yang lebih buruk ialah melihat keadaan di seluruh dunia yang berkelakuan seolah-olah situasi ini tidak akan berlaku kepada mereka. Baca dan fahami bagaimana semua ini bermula.

Tahap 1: Hanya selsema biasa?

Mereka menyedari bahawa terdapat kes Coronavirus dan kes pertama ini berlaku dalam negara mereka sendiri. Mereka masih positif dan menganggap tiada apa yang perlu dirisaukan. Hanya simptom selesema yang teruk. Mereka juga memikirkan mereka bukan tergolong dalam keadaan yang lemah dan mudah dijangkiti.

itali coronavirus

Mereka berasa selamat dan menyangka semua orang panik secara berlebihan sehingga memakai topeng muka pada setiap masa dan menyimpan stok tisu tandas. Mereka masih menjalani kehidupan seperti biasa tanpa perasaan risau.

Tahap 2: Bilangan kes meningkat

Bilangan kes semakin meningkat dari hari ke hari. Zon merah juga telah diumumkan serta kuarantin terhadap kawasan yang menerima kes pertama dan kawasan yang menjangkiti orang ramai (22 Feb 2020). Ini adalah satu keadaan yang menyedihkan dan membimbangkan. Namun, keadaan masih terkawal untuk mengelakkan panik makin tercetus.

Terdapat kematian yang berlaku melibatkan warga tua, jadi media media telah menjadikan berita ini sebagai cetusan panik untuk menerima pandangan orang ramai. Memalukan. Akhirnya, orang ramai masih meneruskan rutin harian seperti biasa dengan tidak menghentikan pergerakan di tempat awam.

Tahap 3: Semakin banyak kematian

Bilangan kes semakin meningkat. Rekod mencatatkan hampir dua kali ganda kes dalam satu hari. Lebih banyak kematian diisytiharkan di zon merah dan kuarantin di 4 wilayah di mana majoriti kes telah didaftarkan (7 Mac 2020).

Di Itali, hampir 25% daerah di bawah kawalan kuarantin. Sekolah dan universiti ditutup di kawasan yang terlibat tetapi restoran, bar, tempat kerja dan sebagainya masih dibuka. Arahan itu dikeluarkan oleh beberapa akhbar sebelum kesemua tempat itu ditutup secara menyeluruh.

itali coronavirus

Hampir 10 ribu orang yang berada di zon merah berpindah dari kawasan itu pada malam yang sama untuk kembali ke rumah mereka di seluruh Itali (perkara ini akan menjadi penting di kemudian). Kebanyakan penduduk yang berbaki 75% di Itali masih melakukan apa yang selalu dilakukan.

Mereka masih tidak menyedari betapa seriusnya keadaan yang sedang berlaku. Di mana-mana sahaja setiap orang menasihati untuk membasuh tangan dan mengehadkan pergerakan diluar, perjumpaan dalam kumpulan besar juga sudah dilarang dan setiap 5 minit, TV akan mengingatkan kembali kesemua peraturan ini. Tetapi, masih juga segelintir rakyat tidak menyematkan peraturan ini dalam fikiran mereka.

Tahap 4: Kakitangan hospital tidak cukup

Bilangan kes meningkat dengan ketara. Semua sekolah dan universiti ditutup untuk sekurang-kurangnya sebulan. Ini merupakan kecemasan kesihatan yang dihadapi. Hospital juga telah membersihkan seluruh kapasiti unit untuk memberi ruang kepada rawatan pesakit Coronavirus. Bilangan doktor dan jururawat tidak mencukupi.

Pihak hospital memanggil semula kakitangan hospital yang telah bersara dan pelajar perubatan yang berada di tahun kedua akhir universiti mereka. Tiada lagi sebarang pertukaran syif, yang ada hanyalah bekerja sebanyak yang boleh.

itali coronarirus

Sudah tentu ramai doktor dan jururawat lebih terdedah untuk dijangkiti dan menyebarkannya kepada ahli keluarga mereka. Terdapat banyak kes radang paru-paru, terlalu banyak orang yang memerlukan katil di ICU dan tidak cukup tempat untuk semua pesakit.

Pada ketika ini, keadaan seperti sedang berperang. Doktor perlu memilih siapa yang perlu diselamatkan berdasarkan peluang hidup yang mereka miliki. Ini bermakna pesakit warga tua dan trauma/ strok tidak dapat menerima rawatan kerana kes coronavirus diberi keutamaan.

Ketiadaan sumber yang mencukupi untuk semua orang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Saya juga tidak menyangka bahawa saya harus mengakui semua perkara ini terjadi. Kematian terjadi kerana tiada tempat yang kosong untuk pesakit menerima rawatan.

“Saya mempunyai seorang kawan yang bertugas sebagai doktor dan telah menelefon saya dalam keadaan yang kecewa kerana dia terpaksa membiarkan tiga orang mati pada hari tersebut.”

Jururawat menangis kerana mereka melihat pesakit mati dan tidak dapat melakukan apa-apa selain menawarkan oksigen. Seorang saudara rakan saya meninggal semalam kerana coronavirus juga kerana mereka tidak dapat merawatnya.  Keadaan huru hara dengan kejatuhan sistem. Anda boleh mendengar tentang coronavirus dan krisis yang  sedang berlaku ini di mana-mana.

Itali

Tahap 5: Ekonomi negara goyah

Masih ingat 10 ribu orang yang berpindah dari zon merah? Seluruh negara telah diisytiharkan di bawah kuarantin (9 Mac 2020). Matlamatnya, untuk melambatkan penyebaran virus sebanyak mungkin. Untuk mengelakkan ekonomi negara goyah, orang ramai masih boleh bekerja, membeli barangan runcit, pergi ke farmasi dan melakukan perniagaan seperti biasa. Yang pastinya, orang ramai tidak boleh bergerak daripada kawasan tempat tinggal kecuali mempunyai alasan yang sah.

Sudah terdapat ketakutan dalam kalangan rakyat Itali dengan memakai topeng muka dan sarung tangan. Tetapi tetap sahaja wujud golongan yang memikirkan mereka tidak akan dijangkiti dengan terus berkunjung ke restoran dalam kumpulan yang besar dan bersorak gembira.

Tahap 6: Perlu bawa dokumen sah

2 hari kemudian, terdapat pengumuman bahawa semua (kebanyakkan) perniagaan ditutup seperti restoran, bar dan pusat membeli-belah kecuali pasar raya dan farmasi. Rakyat Itali dibenarkan untuk bergerak sekiranya mempunyai pensijilan bersama mereka. Pensijilan itu adalah dokumen rasmi di mana tercatat nama, alamat tetap, tempat yang ingin dituju serta tujuan. Terdapat banyak juga pusat pemeriksaan polis.

itali coronavirus

Sekiranya mereka ditangkap tanpa alasan yang sah, mereka berisiko untuk dikenakan denda sehingga 206 Euro. Jika mereka ialah seorang pesakit yang positif berada di luar, mereka boleh berhadapan dengan 1 tahun hingga 12 tahun penjara kerana cubaan untuk membunuh secara beramai-ramai.

Pandangan akhir 

Inilah keadaan sekarang sehingga hari ini pada 12 Mac. Perlu diingat bahawa semuanya berlaku dalam masa 2 minggu. 5 HARI DARI TAHAP 3 HINGGA KE HARI INI. Selebihnya negara selain Itali, China dan Korea baru mulai mencapai peringkat lain, maka saya ingin memberitahu kepada anda semua bahawa anda tidak tahu apa yang akan datang menghampiri anda. Saya tahu kerana 2 minggu lalu saya ialah orang yang tidak tahu apa apa. Bukan kerana virus bahaya itu sahaja, tetapi kesan yang diterima oleh semua orang.

Sukar untuk melihat semua negara-negara ini bertindak seperti tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk kesejahteraan warganya sementara mereka masih berada dalam situasi yang tidak segenting di Itali. Sekiranya anda membaca ini tolong bertindak demi kepentingan semua. Masalah ini tidak akan diselesaikan dengan cara mengabaikannya.

Tertanya-tanya juga sudah berapa banyak kes yang belum ditemui mungkin berada di Amerika Syarikat yang menakutkan, dan mereka menghadapi masalah besar. Terfikir juga bagaimana negara tersebut bakal mengatasi masalah ini.

Itali

Kerajaan Itali telah melakukan langkah yang baik yang harus saya katakan. Tindakan yang diambil adalah drastik tetapi perlu, dan ini mungkin satu-satunya cara untuk menghadkan penyebaran. Perkara ini berfungsi di China jadi kami berharap ia akan berfungsi di sini juga (ia sudah bekerja di beberapa zon merah pertama yang dikuarantin sebelum orang lain).

Mereka mengambil langkah untuk melindungi warganegara Itali seperti mungkin menangguhkan pembayaran gadaian untuk bulan-bulan akan datang, membantu pemilik kedai yang diarahkan untuk menutup perniagaan dan sebagainya. Saya menyedari bahawa ini adalah sangat sukar dan benar-benar membimbangkan untuk memikirkan apa yang dapat dilihat dalam skala global.

Saya juga tertanya-tanya jika pandemik ini akan menjadi titik perubahan dalam masyarakat kita. Sekiranya ada kes di mana negara anda tinggal dan virus tersebut sedang tersebar. Anda mungkin 1-2 minggu di belakang kami. Tetapi jika sudah sampai ke titik akhir, sila ambil langkah berjaga-jaga semampu yang boleh. Jangan bertindak seperti virus tersebut tidak akan datang kepada anda.

Sekiranya anda boleh, duduk sahaja di rumah.

Sumber

Comments

comments