COVID-19 Boleh Berjangkit Melalui Mata, Pentingnya Penjarakan Sosial Di Tempat Awam

social distancing

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, saranan penjarakan sosial satu meter penting bagi mengelakkan virus berjangkit melalui mata. Menerusi sidang media semalam, beliau merayu kepada orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap kali berada di tempat awam.

“Virus (COVID-19) boleh masuk ke dalam mata, oleh itu elakkan tangan daripada selalu menyentuh muka dan mata, katanya dalam sidang media itu.”

Hal ini timbul selepas terdapat segelintir individu yang tidak memakai topeng muka dan menjaga jarak 1 meter ketika di tempat awam. MAsyarakat perlu mematuhi SOP yang telah dikeluarkan walaupun tiada penguatkuasaan dilakukan. Walaupun sudah memakai topeng muka, tetapi jika tidak menjaga penjarakan sosial individu itu masih lagi boleh menerima jangkitan wabak ini.

social distancing

“Walaupun berada di kedai atau pasar raya, amalkan penjarakan sosial satu meter dan gunakan pembasmi kuman serta pakai pelitup muka. Kami berharap saranan ini dapat dipatuhi.”

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyaksikan orang ramai dilihat ‘bebas’ bergerak ke sana sini. Menjadikan ada yang mengambil sambil lewa peraturan jarak 1 meter dan pemakaian topeng muka.

Menurutnya, apa yang penting sekarang ini adalah mengehadkan aktiviti kunjung-mengunjung di musim perayaan nanti dan jika boleh perayaan disambut secara tertutup. Malah pihak KKM sendiri bimbang terdapat jangkitan akibat aktiviti rentas negeri, namun apa yang penting adalah patuhi SOP.

Artikel berkaitan: (Video) Lihat Bagaimana Virus Merebak Dengan Cepat Di Jamuan Makan Melalui Eksperimen ‘Black Light’ Ini

Sumber

Comments

comments