(COVID-19): Catat Rekod Harian Tertinggi, 2,234 Kes Baharu Dengan 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan, sebanyak 2,234 kes dilaporkan sekali gus menjadikan ia angka tertinggi sejak pandemik COVID-19 dilaporkan di negara ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, hanya lima kes sahaja merupakan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,229 kes penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 1,112 kes sembuh dicatatkan hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 66,236 kes. Terdapat pertambahan tiga kes kematian menjadikan sebanyak 396 kes kematian Covid-19 terkini di Malaysia.”

Noor Hisham menambah, sebanyak 124 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Advertisement

Tambahnya, sebanyak tiga lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, dan kini angka korban akibat COVID-19 meningkat kepada 396.

Biarpun wujud peningkatan kes positif, namun pihaknya mendedahkan seramai 1,112 lagi dilaporkan sembuh dan kini kes sembuh dalam negara berjumlah 66,236 kes.

Untuk rekod, berikutan kes baharu ini, jumlah kes positif sehingga kini adalah sebanyak 78,499 kes.

Berikut merupakan pecahan kes baharu dan kluster mengikut negeri di seluruh Malaysia.

Sumber: KKM, Kosmo!

Comments

comments

Artikel Seterusnya