COVID-19 Dihasilkan Menerusi Gabungan Dua Virus Dalam Kelawar Dan Tenggiling – Penganalisis Genom

gabungan tenggiling dan kelawar sebabkan covid-19

Seperti yang diketahui umum, virus COVID-19 dikatakan bermula di Wuhan, wilayah Hubei yang terletak di negara China sejak daripada Disember tahun lepas. Malahan, ia hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk terus tular sehingga ke serata dunia.

Setelah kajian lanjut dibuat untuk memastikan punca kepada kemunculan virus ini, ia membawa pengkaji menelusuri ke sebuah pasar hidupan eksotik di mana ia merupakan salah satu pasar yang popular di China kerana membekalkan pelbagai hidupan liar seperti kelawar, ular, tenggiling dan pelbagai lagi.

gabungan tenggiling dan kelawar sebabkan covid-19

Bagi mendapatkan bukti yang lebih kukuh, sekumpulan saintis antarabangsa telah menjalani kajian mendalam mengenai COVID-19. Setelah diselidik, virus tersebut dikatakan datang daripada gabungan di antara dua virus yang menjangkiti dua binatang liar iaitu tenggiling dan kelawar.

Advertisement

COVID-19 menyerupai SARS-CoV

Penemuan itu terbukti kerana virus COVID-19 yang dikaji oleh penganalisis genom menyatakan ia berasal daripada kumpulan Betakoronavirus yang hampir menyerupai dengan SARS-CoV. Di mana ia telah dikenalpasti sebagai penyebab kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang menggegarkan dunia pada tahun 2002 hingga 2003.

Epidemik SARS yang tercetus di Guangdong, China yang kemudiannya menular sehingga ke 29 buah negara lain dan menerusi kajian pada ketika itu, Betakoronavirus turut dijumpai pada kelawar dan manusia. Satu mod penyebaran yang sama bagi SARS-CoV dan COVID-19 dikesan pada spesis kelawar, Rhinolophus affinis (R. affinis).

gabungan tenggiling dan kelawar sebabkan covid-19

Pihak penyelidik seterusnya mengasingkan genom R. affinis, RaTG13 lantas mendapati ianya mempunyai persamaan hingga 96% dengan genom COVID-19.

Gabungan dua virus menghasilkan COVID-19

Walaubagaimanapun, penyelidik berjaya menjumpai bukti lain di mana ia mencapai hingga 99% persamaan di antara genom dalam COVID-19 dengan virus yang dikesan pada tenggiling.

Hasil kajian yang mendalam mendapati bahawa virus yang dijumpai di dalam kelawar tidak boleh menjangkiti manusia dengan sendiri tetapi virus yang didapati pada tenggiling pula boleh menjangkiti manusia.

gabungan tenggiling dan kelawar sebabkan covid-19

Disebabkan itu, dapat dirumuskan bahawa penggabungan semula di antara kedua-dua virus kelawar dan tenggiling tersebut telah menghasilkan COVID-19 dan ianya telah menjangkiti manusia.

Semoga saintis berjaya menjumpai penawar untuk mengubati COVID-19 secepat mungkin.

Sumber

Comments

comments