COVID-19: JAWI Saran Semua Masjid Di Kuala Lumpur & Putrajaya Laksana Solat Hajat

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat hajat.

Menurut Pengarahnya Mohd Ajib Ismail, ia bertujuan bagi memohon perlindungan Allah SWT itu, berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat tinggi dan membimbangkan ketika ini.

“Disarankan solat hajat dilakukan hari ini (6 November) selepas solat Jumaat dan 7 hingga 9 November selepas solat Maghrib di semua masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Semoga doa yang dimunajatkan dengan penuh keikhlasan, rendah diri, keyakinan dan pengharapan diperkenan oleh Allah SWT,”

Untuk rekod, sejak 3 November Malaysia mencatat jumlah kes baharu lebih 1,000 untuk tiga hari berturut dengan jumlah kes semalam sebanyak 1,009 kes.

Advertisement

Sumber: Bernama

Comments

comments