COVID-19: Jumlah Kes Positif Dijangka Lepasi 1 Juta Orang Dalam Masa Beberapa Hari Lagi

jumlah positif covid-19 1 juta

Walaupun sudah berbulan menular di serata dunia, pandemik COVID-19 nampaknya tidak akan reda dalam masa terdekat ini. Bukan sahaja menyebabkan ramai manusia tidak berdosa yang sakit bahkan angka kematian juga kian meningkat pada saban hari.

Oleh kerana pandemik ini semakin ‘mengganas’, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri telah mengesahkan bahawa jumlah kumulatif kes positif di seluruh dunia melibatkan wabak COVID-19 akan melepasi angka 1 juta dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

jumlah positif covid-19 1 juta

Menerusi statistik yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University, jumlah keseluruhan kes membabitkan COVID-19 kini sudah sampai ke angka 926,095 pada peringkat dunia.

Advertisement

Tiga buah negara yang meraih jumlah jangkitan virus ini yang melebihi 100,000 kes ialah Amerika Syarikat (209,071), diikuti oleh Itali (110,574) dan Sepanyol (102,179).

Selain itu, tiga lagi negara lain yang mempunyai jumlah kes jangkitan COVID-19 melebihi 50,000 ialah China (82,361), Jerman (77,779) dan Perancis (57,749).

Negara Iran pula kini berada dalam peringkat berwaspada kerana jumlah kes melibatkan COVID-19 kini mendekati 50,000 di mana 47,593 kes telah disahkan.

jumlah positif covid-19 1 juta

Agak menyedihkan apabila WHO turut meramalkan bahawa angka kematian disebabkan oleh pandemik ini mungkin akan mencecah 50,000 mangsa nanti.

Buat masa ini, Itali masih lagi berada di tempat teratas bagi jumlah kematian disebabkan oleh COVID-19 dengan jumlah 13,155 mangsa. Sepanyol pula berada di tempat kedua dengan catatan 9,131 kes manakala Amerika Syarikat berada di tempat ketiga akibat 4,757 laporan kematian.

Pun begitu, jangan berputus asa kerana jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh juga kian meningkat dari hari ke hari dan kini hampir 200,000 pesakit telah pun sihat daripada jangkitan ini.

Dengan kerjasama daripada penduduk sejagat, kita pasti akan dapat melawan COVID-19.

Sumber

Comments

comments