COVID-19: Kes Kematian Di Jakarta Semakin Meningkat, Jokowi Isytiharkan Darurat Di Indonesia

Gambar Hiasan

Hari ini dikhabarkan bahawa Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi telah mengeluarkan perintah darurat di Indonesia berikutan penularan wabak COVID-19 di sana. Tetapi sehingga kini beliau masih enggan menjalankan perintah berkurung di sekitar bandar utama.

Baca: Indonesia Dijangka Bakal Terima 700,000 Kes Positif COVID-19 Bulan Hadapan

Pentadbiran Jokowi dikritik hebatGambar Hiasan

Sebelum ini pentadbiran Presiden Indonesia itu telah dikritik hebat kerana beliau enggan melaksanakan perintah berkurung, walaupun telah menerima banyak kes kematian dalam kalangan penduduk di sana berpunca daripada COVID-19 terutamanya di Jakarta.

Difahamkan Jokowi semasa membuat kenyataan media, beliau tidak banyak mengulas mengenai perintah darurat tersebut, namun beliau lebih menegaskan tentang ‘pentingkan penjarakan sosial’.

Untuk mengatasi impak Covid-19, kami memilih untuk menjalankan penjarakan sosial dalam skala besar.

Kita perlu belajar dari pengalaman negara lain namun, kita tidak boleh mengikut setiap langkah yang dibuat kerana setiap negara mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Indonesia telah mengumumkan bantuan subsidi dan sosial  sebanyak AS$1.5 bilion kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Angka kematian di Indonesia diragui

Gambar Hiasan

Terkini, Indonesia telah mencatat sebanyak 136 kes kematian akibat wabak berkenaan dengan 1,528 kes yang telah disahkan positif. Namun, terdapat banyak pihak yang meragui tentang angka kes kematian yang dilaporkan tersebut, kerana dikatakan jauh lebih rendah berbanding angka sebenar.

Menurut Gabenor Jakarta, hampir 300 orang mangsa yang dijangkiti COVID-19 telah dikebumikan dengan segera dan dibalut dengan plastik di bandar berkenaan sejak awal Mac lalu.

Pelancong asing mula mengambil langkah keluar dari negara Indonesia

Ramai pelancong yang bertindak keluar dari negara itu

Lebih daripada 200 orang asing, kebanyakannya terdiri daripada warga Jerman, menaiki penerbangan German Airlines yang berlepas menuju ke Frankfurt.

Menurut sumber, dikatakan bahawa terdapat beratus-ratus warga asing kini sudah memulakan langkah keluar dari Indonesia terutamanya Bali melalui penerbangan yang diselenggarakan oleh kerajaan negara masing-masing.

Semoga kita semua terhindar dari wabak ini.

Sumber

Sumber

Comments

comments