COVID-19: Lelaki Lebih Berisiko Mati Berbanding Wanita?

488
Gambar Hiasan

Terdapat lebih 200,000 kes coronavirus yang berlaku diseluruh dunia dan telah meragut beribu-ribu nyawa. Namun baru-baru ini terdapat beberapa soalan yang telah timbul bukan saja di fikiran kita, malah pakar turut mempersoalkan tentang corak kematian mengikut jantina yang berpunca daripada penyakit ini.

Baca: Terkini Angka Kematian Meningkat Ke-19, 73 Anggota Kesihatan KKM Disahkan Positif Covid-19

Di Itali sebanyak 60% lelaki positif Covid-19 dan lebih daripada 70% telah meninggal dunia. Malah di negara-negara seperti Korea Selatan pula, kadar wanita yang diuji positif virus itu lebih tinggi daripada lelaki, tetapi kira-kira 54% daripada kematian yang dilaporkan adalah di kalangan lelaki.

Jumlah kematian lelaki lebih banyak berbanding wanita

Sebuah institut penyelidikan telah membuat analisis data dari beberapa buah negara tentang bilangan kes Covid-19 yang positif untuk mencari punca mengapa Covid-19 dilihat lebih banyak membunuh lelaki berbanding wanita.

Data yang telah dikumpulkan mengikut jantina:

Data kematian mengikut jantina telah dikumpulkan

Data dari beberapa buah negara yang telah dikumpulkan mengikut jantina jelas menunjukkan jumlah kematian lelaki lebih ramai daripada wanita.

Dipengaruhi oleh amalan gaya hidup yang tidak sihat.

data Gaya hidup mengikut jantina

Menurut sumber, terdapat lebih ramai lelaki yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat berbanding wanita.

Gambar Hiasan

Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah disebabkan tabiat merokok, minum minuman beralkohol dan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Menurut Sarah Hawkes, profesor kesihatan di Universiti College London (UCL) dan Timbalan Pengarah di Global Health 50/50, jumlah lelaki lebih ramai yang merokok dan minum alkohol dibandingkan dengan wanita di sesebuah negara.

Tambah beliau, tahap kesihatan lelaki lebih cepat menurun apabila dijangkiti wabak coronavirus. Tahap kesihatan ini telah menjadikan sebab kepada beberapa penyakit lain seperti kanser, darah tinggi dan sakit jantung.

Sistem imun dalam badan wanita lebih kuat berbanding lelaki

Gambar Hiasan

Daripada perspektif evolusi, beberapa kajian ada mendakwa bahawa wanita mempunyai tindak balas imun yang lebih kuat terhadap jangkitan virus berbanding lelaki kerana mungkin ada kaitan dengan perubahan hormon.

Tetapi kajian yang dibuat masih belum disahkan oleh mana-mana pihak kerana jumlah data yang diambil belum diambil secara umum dan masih tidak dapat dianalisis oleh pakar luar.

Sumber

Comments

comments