(COVID-19): Murid 12 Tahun Ke Bawah Dibenarkan Untuk Hanya Pakai Pelindung Muka

Pemakaian pelitup muka kini menjadi satu kewajipan bagi masyarakat ketika berada di tempat awam. Namun, bagi sesetengah pihak yang kurang berkemampuan ianya mungkin membebankan untuk menyediakannya bagi kegunaan setiap hari terutamanya kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Justeru itu, kerajaan hari ini menyatakan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dibenarkan untuk hanya memakai pelindung muka ketika ke sekolah tanpa perlu memakai pelitup muka pakai buang.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini hari ini..

Ismail Sabri menjelaskan, bagaimanapun penggunaan pelindung muka bersama pelitup muka adalah digalakkan.

Advertisement

“Ini untuk permudahkan dan memberi sedikit ruang dan kelonggaran kepada pelajar-pelajar miskin sebab saya difahamkan harga pelindung muka adalah lebih kurang RM3 hingga RM5 sekeping dan boleh diguna berbulan-bulan.”

Ismail Sabri berkata, bagaimanapun Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mengeluarkan garis panduan mengenai langkah untuk membersih dan mencuci pelindung muka bagi memastikan pelindung muka selamat digunakan untuk jangka masa yang lama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments