COVID-19: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Pertama Diawalkan Dari Tarikh Asal – Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin

Sidang media secara langsung berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijadualkan pada Jumaat ini diawalkan ke Rabu ini.

Khairy Jamaluddin selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika mengumumkan pada sidang media berkata, individu pertama yang akan disuntik dengan vaksin ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertempat di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Khairy Jamaluddin

Tambahnya, ia kemudian diikuti Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah iaitu Pengarah Kesihatan dengan program suntikan yang dijadual akan bermula selepas selesai mesyuarat kabinet tidak lama lagi.

Advertisement

Khairy Jamaluddin berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi ini.

Sumber

 

SUMBERBerita Harian

Comments