COVID-19: Rekod 1,208 Kes Positif Dengan Tiga Kematian Dalam Negara

status harian covid19

Kes Covid-19 negara yang direkodkan hari ini sebanyak 1,208 kes baharu dengan tiga kematian yang menunjukkan peratus kematian sebanyak 0.37%.

Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 324,971.

Dr Noor Hisham Abdullah

Walau bagaimanapun, kes sembuh baharu yang direkodkan pula ialah sebanyak 1,973. Ia menunjukkan kes sembuh baharu lebih tinggi berbanding kes baharu.

Advertisement

Sehingga kini, Selangor masih kekal menjadi negeri aktif yang merekodkan pertambahan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 379 kes positif di negeri itu.

SUMBER

SUMBERSinar Harian

Comments