COVID-19: Subkluster Seri Petaling di Rembau Merebak Kerana Aktiviti Kunjung Saudara

sub-kluster rembau

Seperti yang dapat kita lihat, kes COVID-19 di Malaysia masih lagi tidak reda meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dilakukan sepanjang tiga minggu ini. Bakal berakhir pada 14 April mengikut perancangannya tetapi masih ramai lagi mangsa baru yang dilaporkan pada saban hari.

Baru-baru ini, penduduk Negeri Sembilan dikejutkan dengan berita kelahiran sub-kluster Rembau yang dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh Sri Petaling. Ianya membabitkan staf di sebuah sekolah dan kemudiannya telah merebak ke beberapa kawasan sekitar iaitu Pedas, Pilin, Kundur dan Batu Hampar.

sub-kluster rembau

Sehingga 8 April kelmarin, 27 kes positif COVID-19 telah dikenal pasti melibatkan sub-kluster ini di mana dua daripadanya kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagi yang tidak tahu, kluster Rembau ini mula dikesan selepas beberapa guru di sebuah sekolah yang sama telah disahkan positif virus ini.

Advertisement

Kes untuk sub-kluster Rembau ini bermula di satu mesyuarat di sebuah sekolah apabila salah seorang daripada ahli mesyuarat tersebut dikhabarkan pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling (kes ke-448).

Daripada situ, guru dan kakitangan yang mempunyai kontak dengan ahli mesyuarat tersebut telah berjangkit dan tanpa sedar telah membawa pulang virus tersebut dan menjangkiti pula ahli keluarga serta penduduk kampung. Disebabkan oleh ini, sub-kluster Seri Petaling di Rembau ini telah melahirkan sehingga generasi ke-3 jangkitan.

sub-kluster rembau

Selain itu, menurut siasatan lanjut daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa terdapat aktiviti berkunjung ke rumah saudara yang sakit berlaku di daerah tersebut meskipun negara kini sedang melalui PKP.

Sila pastikan anda ikuti segala arahan berkaitan dengan PKP bagi memastikan kita dapat memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia.

Sumber

Comments

comments