COVID-19: Terlalu Ramai Yang Mati, Amerika Syarikat Terpaksa Simpan Mayat Dalam Trak Sejuk Beku

Gambar Hiasan

Seluruh dunia kini berdepan dengan satu masalah yang sama iaitu COVID-19. Kehadiran virus ini telah menyebabkan kekacauan dalam hidup kita. Umum mengetahui bahawa penyakit ini merupakan penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan kematian.

Oleh hal yang demikian, pelbagai masalah telah timbul dari segi pengendalian pesakit yang telah dijangkiti sehinggalah kepada hal pengurusan mayat.

Baca: Terlalu Ramai Yang Mati Akibat COVID-19, Itali Terpaksa Bawa Keluar Mayat Guna Trak Tentera

Amerika Syarikat (AS) kini mencatat kes COVID-19 tertinggi di dunia mengatasi China dan Itali. Kini lebih 66,000 kes telah direkodkan dan lebih 1,200 kematian turut dilaporkan. Baru-baru ini dikhabarkan negara itu sedang mengalami krisis pengendalian mayat yang dijangkiti virus tersebut.

Terpaksa membuat bilik mayat sendiri

trak

Sama seperti masalah yang dihadapi oleh negara lain, mereka juga dikatakan menghadapi kekurangan kakitangan perubatan dan keperluan kelengkapan perubatan yang lain.

Selain daripada itu, AS turut dikatakan sedang menghadapi satu lagi masalah besar iaitu masalah ‘kekurangan ruang di bilik mayat’.

Bagi menempatkan mayat-mayat pesakit Covid-19, mereka terpaksa ‘membuat bilik mayat sendiri’.

Trak tempat simpanan sementara mayat

Melalui salah satu posting video di Twitter yang dibuat seorang lelaki, menunjukkan satu situasi menyedihkan dimana jenazah COVID-19 yang sedang diangkut ke dalam ‘bilik mayat sementara itu’.

New York terpaksa membuat hospital sementara di Central park

Gambar Hiasan

Bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai, difahamkan bahawa hospital sementara turut didirikan di Central Park. Ini kerana seramai 100 orang pesakit telah disahkan maut di bandar itu dalam masa 7 jam.

Dipercayai inisiatif ini diambil adalah kerana berlakunya jumlah kematian terlalu banyak sehingga melebihi kapasiti yang tersedia. 

Sumber

Comments

comments