“COVID-19 Tidak Akan Hilang Sepenuhnya” – WHO

Sumber : FOX

Sewaktu beberapa negara di seuruh dunia kini beransur-ansur melonggarkan perintah berkurung, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan kenyataan, COVID-19 tidak akan hilang dan seluruh dunia perlu terima untuk hidup dengan kewujudannya.

WHO memberi peringatan virus yang telah membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia ini mungkin tidak akan dapat dihapuskan sepenuhnya.

Sebagai rekod, virus ini kali pertama muncul di Wuhan, China akhir tahun lalu dan kini sudah menjangkiti lebih daripada 4.3 juta orang di seluruh dunia.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan menyatakan sukar meramalkan bilakah penularan COVID-19 dapat dihapuskan sepenuhnya

Pandemik COVID-19 mungkin akan menjadi virus endemik.

COVID-19 akan menjadi seperti jangkitan HIV yang tidak pernah lupus.

“Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan virus ini mungkin tidak akan pernah hilang.”

WHO memberi amaran bahawa tidak ada jaminan untuk negara-negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung, bahawa gelombang jangkitan kedua tidak akan berlaku.

WHO mengingatkan supaya seluruh dunia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengekang penyebaran COVID-19.

Comments

comments