COVID19: “Berkemungkinan Tiada Lagi PKP Secara Menyeluruh..” – Muhyiddin

sekatan jalan raya

Pengumuman terbaru dibuat oleh kerajaan ialah berkenaan tiada lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di negara selepas ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKP akan dilaksanakan secara bersasar mengikut kawasan atau lokaliti tertentu.

“Kerajaan juga akan melaksanakan strategi kawalan penularan Covid-19 secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap ekonomi negara”.

sekatan jalan raya

“Pada masa yang sama, dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesuatu negeri. Kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja”.

Namun, beliau tidak pula memberitahu secara terperinci tarikh pelaksanaan akan dimulakan di kawasan tertentu.

Advertisement

Beliau berkata demikian menerusi perutusan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang disiarkan secara langsung.

SUMBER

 

Comments

comments