COVID19 – Ron Wright, Wakil Rakyat Di AS Meninggal Dunia

Ron Wright

Ron Wright iaitu anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat daripada parti Republikan meninggal dunia selepas dirawat di sebuah hospital dan beliau merupakan anggota Kongres AS pertama meninggal dunia kerana dijangkiti Covid-19.

Wright yang berusia 67 tahun meninggal dunia pada Ahad lalu turut menghidap kanser sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia di sebuah hospital di Dallas setelah beliau dan isterinya dijangkiti virus Covid-19.

ron wright

Beliau yang mewakili Texas mengumumkan pada 21 Januari dimana beliau positif virus namun hanya mengalami simptom kecil.

Advertisement

“Saya berasa okay dan akan terus bekerjasama untuk rakyat di Daerah Keenam dari rumah minggu ini”.

Namun, selepas dua minggu keadaan beliau menjadi semakin teruk dan kemudian beliau bersama isteri, Susan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut satu kenyataan media di pejabatnya, Wright meninggal dunia di sisi isterinya.

Sementara itu, menurut satu kenyataan, presiden AS, Joe Biden daripada parti Demokrat menggelarkan Wright sebagai pejuang yang berani untuk menentang kanser dan juga Covid19.

Liz Cheney yang merupakan salah seorang anggota Kongres daripada parti Republikan turut menyampaikan uzapan takziah untuk mendiang Wright dan keluarga.

Dalam pada itu, Texas akan mengadakan pilihan raya khas untuk memilih pengganti yang sesuai bagi menggantikan Wright di Daerah Keenam yang terletak di Daerah Tarrant. Setakat ini, AS mencatatkan jumlah kematian paling ramai untuk virus Covid-19 selepas 463,000 orang meninggal dunia.

Sumber 

 

Comments

comments