Cristiano Ronaldo Kini Disahkan Positif COVID-19

Bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo kini disahkan positif COVID-19.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan. 

Namun begitu, beliau kini khabarnya masih dilihat sihat dan tidak menunjukkan sebarang gejala, malah penyerang Juventus itu juga difahamkan sedang menjalani proses kuarantin.

Advertisement

Susulan kejadian, beliau diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan menentang pasukan Sweden pada Rabu.

Biarpun begitu, pemain lain setakat ini menunjukkan keputusan negatif selepas menjalani ujian saringan Covid-19.

Untuk rekod, sekitar Mac lalu, Ronaldo diktakan ke kediaman mewahnya di Pualu Madeira bersama keluarganya bagi mengambil langkah persediaan berdepan pandemik itu.

Sumber: Astro Awani

Comments

comments