Cristiano Ronaldo Terkejut Terima Hadiah Mercedes Benz Dari Teman Wanita Sempena Hari Jadi Ke 35 Tahun

christiano ronaldo

Pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo sememangnya cukup dikenali dengan minatnya pada kereta mewah sehinggakan mempunyai koleksinya yang tersendiri. Antara kereta mewah yang berada dalam koleksinya itu ialah Bugatti Veyron yang bernilai $1.7 juta. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini dia mendapat sebuah lagi kereta mewah sebagai hadiah hari jadinya.

Teman wanitanya, Georgina Rodriguez menghadiahkan Mercedes Benz BRABUS model terbaru selepas makan malam sempena sambutan hari jadinya yang ke 35 tahun. Sambutan hari jadi itu turut dihadiri oleh beberapa kenalan rapatnya dan anak sulungnya di Itali.

christiano ronaldo

christiano ronaldo

Advertisement

Detik kejutan itu turut dikongsikan di laman Instagram Georgina Rodriguez dan Cristiano sememangnya nampak terkejut dengan pemberiannya itu. Kereta tersebut dianggarkan bernilai £150,000 (RM802,916) dan turut dihiasi dengan riben besar berwarna merah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Georgina Rodríguez (@georginagio) on

Koleksi kereta mewah

Mengikut laporan, Cristiano Ronaldo dipercayai mempunyai 20 buah kereta dan salah satunya ialah khabar angin dia memiliki Bugatti La Voiture Noire, antara kereta paling mahal pernah dikeluarkan. Dia juga pernah membeli sebuah Bugatti yang unik bernilai £9.49million (RM50,805,388) yang dipamerkan semasa Geneva Motor Show 2019.

Bugatti La Voiture Noire
Bugatti La Voiture Noire

Antara kereta mewah lain yang berada di dalam koleksinya ialah Mercedes C Class Sport Coupe, Rolls-Royce Phantom, Ujn Ferrari 599 GTO, Lamborghini Aventador LP700-4, Aston Martin DB9, McLaren MP4 12C dan Bentley Continental GTC Speed. Semasa temu ramah bersama Piers Morgan tahun lalu, dia mengaku mempunyai dua buah kenderaan dari setiap jenama iaitu dua  Bugatti, dua Ferrari, dua McLaren’s dan dua Rolls Royce’s.

Comments

comments