Cubaan Memotong Lori Gagal, Lelaki Maut Manakala Isteri Dan 4 Anak Cedera

kemalangan ngeri

Sebuah kereta Hyundai Atos bertembung dengan lori menyebabkan seorang lelaki maut manakala isteri dan empat anaknya cedera di Kilometer 69, Jalan Mukah-Selangau.

Kejadian berlaku pada jam 6 pagi dan mangsa, Moses Puso, 47, yang tersepit di dalam kereta yang dipandunya disahkan meninggal dunia di lokasi.

Isterinya, Emma Mada, 36, pula cedera di bahagian kaki dan masih pengsan ketika pasukan penyelamat tiba.

Seorang anak pasangan itu cedera parah iaitu Mixmillion Sempurai Moses,10, manakala tiga lagi, Natasha Ester Moses, 13; Nashville Avil Moses, 15 dan Makellinne Theodora Moses, 8, pula cedera ringan.

Advertisement

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, lelaki berusia 36 tahun yang memandu lori yang terbabit dalam kejadian itu pula tidak mengalami kecederaan.

“Pada masa yang sama, lori membawa muatan baja datang dari arah bertentangan dan mangsa gagal memotong lori di hadapannya lalu berlaku pertembungan.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa cuba memotong lori di hadapannya.

kereta bertembung lori

“Akibat kejadian itu, mangsa bersama isteri serta seorang anaknya tersepit di dalam kereta manakala tiga lagi anaknya berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau sebelum dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

“Isteri dan semua anak mangsa pula dikejarkan ke Klinik Kesihatan Selangau untuk mendapat rawatan awal dan kemudian dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER

Comments

comments