Cucu Mahu Sembelih Nenek Sendiri Hanya Disebabkan Permintaan Tidak Dipenuhi

Hanya disebabkan keinginan diri sendiri tidak dipenuhi, seorang pemuda sanggup mahu menyembelih neneknya yang sudah berusia 75 tahun dalam satu kejadian di Johor Bahru, semalam.

Memetik laporan Kosmo, siasatan awal mendapati suspek yang berusia 23 tahun meminta wang daripada mangsa dalam keadaan marah dan lebih tak disangka suspek mengugut mangsa untuk menyembelihnya jika keinginannya itu tidak ditunaikan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, suspek didakwa melakukan ugutan itu pada pukul 6 petang pada hari yang sama.

“Jiran mangsa menghubungi pihak polis selepas mangsa yang berada ketakutan pada ketika itu melarikan diri ke rumahnya untuk mendapatkan pertolongan”

Suspek berjaya diberkas pada jam 12.05 malam semalam dan difahamkan motif suspek bertindak sedemikian dipercayai mahu membeli bekalan dadah.

Advertisement

Pihak polis berjaya merampas sebilah pisau berukur 24 sentimeter panjang dan hasil semakan lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Sumber 

 

Comments

comments