Cukai Tidak Akan Dikenakan Untuk Pembelian Pembelian Atas Talian

Baru sahaja kita mendapat berita bahawa cukai akan dikenakan terhadap pembelian di Shopee, Lazada dan portal atas talian yang lain baru-baru ini, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menarik semula cadangan tersebut.

BACA Kerajaan Cadang Kenakan Caj 0.02 Untuk Pembelian Di Shopee, Lazada & Portal Atas Talian

kredit -Vulcan Post

Menurut Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin, cadangan tersebut diusulkan supaya dana dari cukai tersebut boleh digunakan untuk membantu golongan B40 dan juga membina infrastruktur untuk rakyat.

Namun demikian, cadangan tersebut telah ditarik balik. Sebelum ini juga Datuk Zahidi Zainul Abidin juga menarik balik dakwaan bahawa Veveonah telah memuat naik sebuah video yang menggambarkan kelemahan capaian internet di Sabah semata-mata untuk mendapatkan tontonan.

Advertisement

BACA “Saya sangat sedih dan kecewa dengan kenyataan yang dibuat terhadap diri saya” – Veveonah Mosibin

 

 

Comments

comments