Curi Lebih 100 Barang Pelanggan, Lelaki Dipenjara 15 Minggu

ninja van singapura

Di Singapura, helah pekerja penghantaran kononnya bungkusan pelanggan hilang kantoi apabila dia didapati menyimpan lebih 100 barangan curi di rumahnya.

Memetik laporan Berita Mediacorp, tertuduh Muhammad Nur Sheqal dijatuhi hukuman penjara 15 minggu selepas didapati bersalah menggelapkan bungkusan bernilai S$34,000 yang ditandakan sebagai hilang.

Timbalan Pendakwa Raya Phoebe Tan berkata majikan pada awalnya tidak mengesyaki sebarang kes kecurian memandangkan tertuduh sudah bekerja di situ agak lama.

Advertisement
curi parcel
Foto: mediacorp

Syarikat memberi kepercayaan kepadanya untuk mengimbas setiap barang dan tiada sesiapa yang memeriksanya.

“Dia mula melakukan demikian dari sekitar Jun 2019 hingga 13 November 2019.”

Katanya, tindakan tertuduh pada awalnya sukar dikesan kamera litar tertutup (CCTV) berikutan terlalu banyak pergerakan di gedung.

Namun sejak Oktober 2019, syarikat mula menyedari barangan yang dilaporkan hilang semakin meningkat. Seorang pengurus di Ninja Van, Li Mengxia membuat pemeriksaan dan mendapati barangan yang hilang ada kaitan dengan tertuduh.

parcel hilang
Sekadar gambar hiasan

Pihak syarikat kemudian bertindak melaporkan kepada polis dan hasil serbuan di rumah tertuduh menjumpai 106 barangan bernilai S$34,035.

Barangan paling mahal dijumpai adalah telefon-telefon Samsung Galaxy Note 10+ yang berharga S$1,598 setiap satu. Barangan lain adalah aksesori telefon pintar, tablet dan jam tangan.

Difahamkan, tertuduh akan mengambil bungkusan yang perlu dihantar daripada kakitangan di gudang. Dia akan mengelak langkah wajib iaitu mengimbas setiap barangan pelanggan.

Tertuduh kemudiannya akan melaporkan barangan sebagai hilang sebelum membawanya pulang ke rumah ibu mentua untuk disimpan buat sementara waktu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERBerita Mediacorp

Comments