Cuti Bersalin Sektor Swasta Dicadangkan Naik Kepada 98 Hari

463

Ini pastinya berita gembira untuk golongan wanita yang bekerja di sektor swasta. Kementerian Sumber Manusia mencadangkan jumlah cuti bersalin bagi sektor swasta dinaikkan kepada 98 hari berbanding 60 hari pada waktu ini.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar memaklumkan akan meminda Akta Kerja 1955 bagi golongan bapa untuk mendapat cuti ‘paterniti’ selama tiga hari.

Draf pindaan berkenaan sudah disiapkan sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet dan akan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh terdekat.

“Majikan akan menanggung kos elaun bersalin selama 19 hari manakala baki 19 hari adalah cuti tanpa gaji,” kata kementerian itu, merujuk kepada tambahan 38 hari cuti bersalin.”

Buat masa ini majikan hanya digalakkan untuk mengikuti pengumuman Bajet 2018 untuk menaikkan cuti bersalin bagi sektor swasta kepada 90 hari. Seperti mana bagi sektor perkhidmatan awam, pekerja wanita mendapat 90 hari cuti bersalin.

Langkah ini diambil untuk meneliti cadangan pembaharuan dengan meningkatkan jumlah cuti bersalin dari 60 kepada 98 hari, bersamaan dengan 14 minggu, di bawah Akta Kerja.

Selain itu, turut dicadangkan adalah majikan tidak boleh menamatkan khidmat pekerja yang hamil melainkan bukan disebabkan kehamilan.

Tetapi apa-apa pun, cadangan pindaan ini perlu mendapatkan kelulusan daripada kabinet. Setakat ini, belum ada tarikh ditetapkan oleh kabinet dalam hal ini.

Sumber: Harian Metro

Comments

comments