“Dah Bunuh Orang, Ada Hati Nak Minta Sumbangan Netizen Bayar Pampasan.”

22694

Seorang pengguna Twitter telah menulis satu tweet meminta sumbangan orang ramai kerana ahli keluarganya ditahan di sana setelah terbabit dalam satu kemalangan yang menyebabkan lima rakyat Thailand terbunuh.wanita, cuai memandu, sebabkan, lima warga thailand maut, kemalangan,
Kemalangan itu daerah Rattaphum, Songkhla pada Rabu lepas. Wanita dari Kelantan itu dikatakan memandu sendiri kereta Perodua MyVi miliknya sebelum merempuh sekumpulan pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan.

Hasil siasatan, wanita itu juga didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

Perbuatannya meminta sumbangan Netizen supaya wanita itu boleh membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang terbunuh mendapat kecaman padu dari Netizen, bagaimanapun dia tidak menyangka reaksi Netizen jadi sebegitu.

Sementara itu, gadis yang dikatakan ahli keluarga wanita yang melanggar lima mangsa tersebut terus menerima kecaman.

“Siapa nak tolong pembunuh?”

“Tolong kena penjara.”

“Sila mereput di penjara Thailand.”

“Cuai kemudian minta Netizen bayarkan.”

“Kalau tak ada duit, duduk je penjara.”

“Sendiri buat, sendiri tanggung.”

Penulis pun tidak faham dengan pemikiran orang zaman sekarang. Orang yang ada lesen pun ramai tidak berani memandu sendiri di negara luar, kemudian bila terlibat kemalangan, mahu minta sumbangan pula untuk melepaskan diri, seolah-olah begitu murah lima nyawa yang melayang.

Ada yang mendakwa terdapat beberapa saman hadlaju yang masih belum dibayar di bawah nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Bagaimanapun, kesahihan dakwaan tidak dapat dipastikan. – amazingnara.com

Comments

comments