“Dah Lah Besar, Kau Melibas Macam Lembu Kena Sembelih”, Pemandu Bas Dikecam Memandu Seperti Orang Gila

6550

Sekarang ni memang banyak kes pembuli jalan raya yang semakin menjadi-jadi. Bukan sahaja nak tunjuk hebat di jalan raya tetapi ada juga yang sehinggakan mengorbankan nyawa pengguna jalan raya yang lain juga.

Baru-baru ini pula, seorang pengguna Twitter Amar Aziz berkongsikan video mengenai pemanduan berbahaya seorang pemandu bas ini. Berdasarkan video tersebut, pemandu tersebut cuba memotong kenderaan yang lain dengan cara yang sangat bahaya.

Kalau tengokkan dari video tersebut memang menyeramkan betul cara dia memandu. Bukan sahaja risau kalau sekiranya bas itu terbalik tetapi juga keselamatan pemandu lain pun boleh terancam juga.

Bas tu marah kereta biru depan tu sebab bawak slow tapi duduk lane tengah. SUV lane tengah tu pun dah boleh duduk lane kiri. Myvi dengan kereta awak ni pun bukan main lama lagi dekat lane memotong ni, slow pulak tu. Nak cari salah, semua buat salah.

Namun disebalik itu, ramai netizen yang turut geli hati mendengar suara reaksi perakam video yang tidak senang duduk melihat pemanduan bas itu.

screenshot twitter
screenshot twitter
Bahaya sebenarnya gaya pemanduan macam ni. Tak kisah lah apa berlaku sekalipun di atas jalan raya, pemandu sepatutnya kena bertenang dalam apa jua situasi. Jangan sampai berlaku korban jalan raya.

Sambil-sambil tu, jom saksikan iklan dari Thailand ini mengenai kes buli jalan raya. Mungkin kita boleh sama-sama ambil pengajaran dari video ini.

Sumber: Twitter

Comments

comments