Dahulu Malaysia Airlines, Kini Giliran Singapore Airlines Pula Dikritik YouTuber Ini

josh cahill

YouTuber Josh Cahill sememangnya terkenal dengan review syarikat penerbangan dan selalu memuatnaik videonya di saluran YouTube. Di dalam saluran Youtube miliknya, Josh akan merasai sendiri pengalaman menaiki penerbangan dari syarikat penerbangan yang berbeza dan membuat review beliau.

Yang terbaru, Josh memilih untuk menaiki pesawat dari Singapore Airlines untuk penerbangan dari London ke Singapura. Tetapi menurut Josh, ianya sangat tidak berbaloi.

Tak berbaloi duit langsung!

Josh menaiki pesawat Singapore Airlines dalam kelas ekonomi, penerbangan terus ke Lapangan Terbang Changi selama 13 jam dengan kos sebanyak $1,200. Semasa beberapa jam terawal, Josh memuji beberapa perkara tentang Singapore Airlines yang membuatnya kagum.

Advertisement

Kerusinya boleh tahan, ada banyak USB slot disediakan dan ada ruang yang lebih untuk baring atau bersandar. Hiburan dalam penerbangan pun tak kurang hebatnya.

kerusi singapore airlines

singapore airlines

Josh juga turut memuji makanan yang disediakan di dalam penerbangan ini yang dianggap ‘sedap’ dan tak mengecewakan. Dia memilih untuk makan hamburger untuk makanan tengaharinya dan kemudian mereka menghidangkan aiskrim sebagai pencuci mulut.

makanan singapore airlines

Krew kabin sangat mengecewakan

Walaupun ada banyak perkara yang mendapat pujian dari Josh tetapi layanan krew kabin adalah satu kekecewaan terbesar dalam penerbangan itu. Krew kabin Singapore Airlines dikenali sebagai “krew yang paling hebat terlatih di dunia” dan sangat peramah.

Tetapi sepanjang penerbangannya itu, krew kabin seolah-olah tergesa-gesa untuk kembali ke aisle dan tidak mahu berinteraksi dengan penumpang dalam pesawat. Dia juga turut membandingkan layanan krew kabin Malaysia Airlines berdasarkan pengalamannya sebelum ini.

Secara keseluruhannya, Josh memberitahu penerbangan bernilai $1,200 ini sangat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan pengalamannya sepanjang penerbangan.

singapore airlines

Insiden Malaysia Airlines

Hubungan antara Josh dan Malaysia Airlines tidak lah begitu baik pada awalnya selepas dia memuatnaik video pengalamannya menaiki pesawat syarikat itu yang dianggap sangat teruk pada waktu itu. Pada tahun 2018, Josh menaiki pesawat Airbus A350 untuk ke London dan pelbagai perkara yang berlaku dalam pesawat.

Penerbangan 14 jam dari Kuala Lumpur ke London dengan Malaysia Airlines dianggap sebagai penerbangan terburuk sepanjang hidupnya pada ketika itu. Dia turut mengutuk makanan yang dihidangkan dalam pesawat yang dikatakan dihidangkan atas dulang yang ‘melekit dan kotor’.

josh cahill

Hiburan dalam penerbangan di kerusinya juga rosak dan tidak ada krew kabin yang membantu menyelesaikannya sepanjang penerbangan. Dia juga mendakwa krew kabin tidak menghiraukannya sepanjang penerbangan selepas dia memuatnaik komen tentang perkara itu di Instagram. Wakil dari pihak MAS kemudian berjumpa dengannya sejurus pesawat mendarat.

josh cahill

Video bertajuk Review: My HORROR FLIGHT on MALAYSIA AIRLINES – How I was BULLIED by an Airline! dimuatnaik di akaun YouTube nya dan mendapat lebih satu juta tontonan. Namun segalanya telah berjaya diselesaikan dengan baik dan Josh sendiri kembali menaiki pesawat penerbangan MAS untuk videonya yang lain.

Comments

comments