Dahulu Trend Anak Ayam Berwarna, Kini Anjing Dicat Warna Hijau

Semakin hari, semakin pelik perangai manusia di dunia ini. Mereka sanggup mewarnakan haiwan untuk kelihatan lebih cantik tanpa mengetahui ia memberi kemudaratan dan keracunan toksik terhadap haiwan yang dikenakan cat.

Ini juga terjadi kepada seekor anjing jalanan yang dicat keseluruhan badannya dengan warna hijau oleh individu tidak berperikemanusiaan dan menggemparkan penduduk sekitar Subang Bestari.

anjing dicat hijau

Malahan, seekor kucing juga juga ditemui telah dispray warna biru oleh pemilik tidak bertanggungjawab.

Advertisement

kucing warna biru dispray
Persatuan Haiwan Malaysia berang dengan tindakan tersebut, bukan sahaja “mengundang kemudaratan” tetapi mengakibatkan “keracunan toksik” kepada hidupan tersebut.

Perbuatan bodoh dan dungu ini bukan satu gurauan sebaliknya ia perbuatan zalim dan penganiayaan terhadap anjing tidak bersalah.

Perlakuan manusia durjana ini bersalahan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015, iaitu khianat terhadap haiwan.

Menurut mereka, anjing jalanan ini bukan untuk anda menambah penderitaan hidup mereka.

Jangan tambah penderitaan mereka. Biarkan mereka dengan hidup sendiri.

 

Perbuatan mewarnakan haiwan pernah dilihat oleh kita semua dahulu. Iaitu anak ayam berwarna menjadi kegemaran warga Malaysia satu ketika dahulu. Anak ayam berwarna ini banyak dijual di pasar dengan harga serendah RM2 seekor.

Fakta anak ayam diwarnakan

anak ayam diwarnakan
Penjualan anak ayam berwarna giat dijalankan di kedai-kedai haiwan ataupun pasar malam demi mengaut keuntungan.

Demi mengaut keuntungan yang besar, para penjual sanggup mewarnakan anak ayam dengan pewarna berbahaya.

Rata-rata dari kita pernah memiliki anak ayam berwarna ini, kerana sangat comel dan menarik perhatian kanak-kanak yang melihatnya.

anak ayam berwarna kelihatan comel

Namun, anda semua perlu tahu bahawa pewarna yang digunakan itu sangat membahayakan kesihatan anak ayam.

Anak ayam akan lemas, dan akhirnya mati kerana badannya telah meresap racun dari pewarna baju yang digunakan. Ia juga tidak boleh hidup lama jika dibandingkan dengan anak ayam biasa.

Hindarkanlah daripada membeli anak ayam berwarna demi melindungi haiwan ini dari menjadi mangsa peniaga.

Jadi sebagai manusia yang punya akal fikiran, janganlah zalim sangat dengan haiwan dan lakukan penganiayaan terhadap mereka.

Comments

comments