Dakwa Sikat ‘Hair Dryer’ Ada Bulu Babi, Wanita Minta Pembeli Berhati-Hati

hair dryer canggih

Zaman sekarang kalau nak shopping mudah je, semuanya terletak di hujung jari. Berbelanja secara online sudah pasti akan memudahkan pembeli untuk membeli barangan keinginan mereka khusunya untuk kaum wanita.

Macam-macam barang yang boleh dibeli melalui online namun perlu diketahui tentang keselamatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam produk tersebut untuk keselamatan masing-masing.

Seorang wanita di laman TikTok memuat naik satu video yang menunjukkan satu produk iaitu sikat hair dryer yang dijual di aplikasi Shopee. Dia memuat naik video tersebut untuk menyedarkan kepada orang ramai khususnya untuk kaum wanita supaya berhati-hati ketika membeli produk tersebut.

@kakpaah_norfarahana

Korang pleaae alert sebelum beli pape tau. #kakpaah #kakpaahsharing #berus #sikat #fyp

? original sound – Kak Paah | prettypaah.co – Kak Paah | prettypaah.co

Advertisement

Melihat kepada ciri-ciri produk tersebut ada satu ciri-ciri yang tidak boleh digunakan oleh orang Muslim.

“Ada bulu babi. Ramainya order…”

Menurutnya, di dalam description produk tersebut tidak dinyatakan sumber bulu sikat itu tetapi ada di bahagian description gambar produk berkenaan.

hair dryer canggih
Sumber : TikTok

Semoga lepas ni sesiapa yang ingin membeli produk secara online dapat meneliti terlebih dahulu tentang ciri-ciri dan sumber bahan yang digunakan dalam produk tersebut.

Sumber

SUMBERTikTok

Comments