“Dalam Masa Sehari Pun Boleh Siap”, Ini Cara Mudah Untuk Renew Passport Secara Online

1119

Pernah tak tiba-tiba anda terpaksa ke luar negara lepas tu baru perasan passport dah tamat tempoh? Kalau nak renew memang ambil masa sedikit lagi-lagi kena tunggu di Jabatan Imigresen sampai lah urusan selesai.

Tapi sekarang ini urusan untuk renew passport lebih mudah kerana semua ni boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Yang best nya, kalau anda isi borang awal dalam hari yang sama juga boleh dapat passport.

Borang online

Pertama sekali anda perlu isi borang secara online di laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Selepas masukkan maklumat peribadi, pilih cawangan imigresen mana yang terdekat untuk anda ambil passport.

Gambar

Untuk bahagian gambar perlu lebih teliti kerana perlu ikut spesifikasi yang ditetapkan. Pastikan latar belakang berwarna putih dan gambar tidak ‘blur’. Kalau gambar yang diambil tak sesuai, anda kena tangkap semula di kaunter nanti.

spesifikasi gambar passport

Pembayaran

Selepas selesai bahagian maklumat peribadi dan gambar, anda boleh terus hantar dan membuat pembayaran secara online juga. Untuk bayaran pula, RM200 dikenakan bagi umur 13 -59 tahun. Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas RM100.

Antara benda yang perlu dibawa ke imigresen ialah:

  • Print resit online
  • Kad pengenalan
  • Passport lama

“Satu lagi aku nak bagitau, kalau korang apply sebelum 12 PM, siap dalam hari yang sama. Petang tu dah boleh pergi ambil. Tapi kalau apply selepas pukul 12 maybe esok kot siap.”

dua keping passport
Nampaknya cara ini lebih mudah dan menjimatkan masa kan? Jadi lepas ni kalau nak cepat dan tak bazirkan masa buat online je senang. 

Sumber: Twitter

Comments

comments