Dapat Bungkusan Dalam Kulit Kelapa, Warga Maya Puji Gaya Kreatif Peniaga ‘Wrap’ Produk

Pelanggan terima bungkusan kulit kelapa.

Membeli belah dalam talian ialah proses di mana pengguna membeli sesuatu produk menggunakan perkhidmatan internet. Ia merupakan hobi yang sangat popular pada masa kini kerana dipercayai lebih mudah dan tidak perlu bersesak.

Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook di mana seorang pengguna berkongsi bungkusan barangan yang dibelinya dari Shopee. Ia menunjukkan penjual dari Shopee menggunakan kulit kelapa sebagai pembungkusan barangannya.

Menurutnya, barangan yang dibeli itu merupakan ‘part’ motosikal dan tidak menduga penjual akan menggunakan kulit kelapa sebagai bungkusan. Kreatif, bukan?

Koemen warga maya tentang bungkusan kulit kelapa.

Advertisement

Rata-rata warga maya memuji penjual kerana berfikiran kreatif dengan mengaplikasikan kulit kelapa sebagai bungkusan. Dalam masa yang sama, ia dapat menyelamatkan alam sekitar dan mengurangkan penggunaan bubble wrap dalam pembungkusan.

SUMBER

 

SUMBERThe Vocket

Comments