“Dari Kaca Mata Nur Fitri (Azmeer Nordin), Dia Tak Salah Pun,” Kata Pensyarah UKM

71670

Pada tahun 2015, Malaysia gempar apabila seorang pelajar Malaysia tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihukum penjara di Britain setelah didapati menyimpan dan menghasilkan bahan lucah kanak-kanak.

Asalnya, Mahkamah Britain memberi hukuman lima tahun penjara kepada Nur Fitri Azmeer Nordin, ketika itu berusia 23 tahun, tetapi ia kemudian dikurangkan kepada 18 bulan, kemudiannya sembilan bulan.

Semasa ditangkap, Nur Fitri pada masa itu belajar di Imperial College, London, ditemui dengan patung seorang budak lelaki di sebelahnya, manakala 30,000 bahan lucah kanak-kanak ditemui dalam komputer ribanya dalam bentuk imej dan video.

Polis Britain memberitahu, 601 dari bahan lucah tersebut ialah dalam Kategori A, yang menunjukkan penetrasi seksual yang dilakukan kepada kanak-kanak.

Pegawai penyiasat kes Nur Fitri di Britain, Detektif Konstabel Sara Keane, memberitahu:

Nur Fitri Azmeer Nordin terlibat dalam pembuatan dan penyebaran antara imej paling ekstrim pernah dilihat oleh pegawai yang terlibat dalam bidang ini.

Nur Fitri mengaku bersalah untuk 13 pertuduhan memiliki dan menghasilkan gambar dan video kanak-kanak, serta berniat untuk menyebarkan bahan-bahan itu.

Nur Fitri pulang ke Malaysia namun menggunakan laluan tersembunyi setelah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengelakkan pihak media.

Sejak semalam, kisah Nur Fitri tular semula di laman sosial Twitter setelah dia didedahkan sedang menjalani pengajian peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Secara tidak rasmi, beberapa orang dari universiti itu mengaku Nur Fitri sedang belajar di UKM. Ini  menimbulkan kegusaran kerana dia berada di kawasan Bangi yang ramai kanak-kanak.

Disebabkan di negara barat terdapat daftar yang membolehkan orang  ramai menyemak senarai pedofil yang disabitkan bersalah di sesebuah bandar, ada yang meminta penduduk Bangi agar berhati-hati.

nur fitri azmeer nordin, nur fitri, pedo, UKM, belajar, PhD, doktor falsafah, tak rasa salah, warga bangi

Namun begitu, ada yang meminta pengguna Twitter tersebut memadam tweet tersebut kerana dianggap mendedahkan aib Nur Fitri dan dia tidak menimbulkan sebarang masalah di UKM.

nur fitri azmeer nordin, nur fitri, pedo, UKM, belajar, PhD, doktor falsafah, tak rasa salah, warga bangiIni bagaimanapun dibidas oleh ramai pengguna Twitter lain.

“Bukan Aib kalau dah kes jenayah yang memudaratkan masyarakat.”

nur fitri azmeer nordin, nur fitri, pedo, UKM, belajar, PhD, doktor falsafah, tak rasa salah, warga bangi

Malah salah seorang pensyarah yang juga penyelia Nur Fitri di UKM yang engan dinamakan memberitahu mStar Online, Nur Fitri ialah seorang pelajar cemerlang, kini sedang mengikuti pengajian doktor falsafah dan meminta orang ramai berhenti mengecam Nur Fitri.

Saya dengan dia tak ada masalah. Saya akui dia memang seorang yang bijak… dia juga lain daripada lain dan ada kelas tersendiri.

Kalau kira dari segi peratusan tahap genius… dia dalam lima peratus tertinggi.

Setakat ini semua saya bagi thumbs up lah. Bagi saya selagi tak ada kes baharu, saya anggap bahawa dia sudah berubah. Jadi saya minta orang ramai jangan mudah percaya cerita di media sosial. Manusia ni suka tengok yang buruk je, apa kata cuba tengok sisi baharu dia pula.

Lebih mengejutkan, penyelia itu memberitahu Nur Fitri tidak merasakan apa yang dilakukannya itu salah.

Saya beritahu direct kepada dia, saya tahu cerita dia. Dari kaca mata Nur Fitri, dia kata dia tak buat salah pun. Saya terima tapi saya beritahu dia saya tak nak tahu selebihnya.

Ini mengundang kritikan hebat pengguna Twitter:

“Tak ada isu di UKM sebab dia hanya ada isu dengan kanak-kanak.”

nur fitri azmeer nordin, nur fitri, pedo, UKM, belajar, PhD, doktor falsafah, tak rasa salah, warga bangi

Adalah sesuatu yang mengundang kecurigaan bagi seseorang untuk merasakan perbuatan menyimpan dan menghasilkan sehingga 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak tidak salah. Nampaknya memang patut untuk para ibu bapa rasa bimbang tinggal di bandar yang sama dengan Nur Fitri, kerana sekiranya dia rasa dia tidak salah, tidak mustahil dia akan melakukannya lagi.

Mungkin sudah tiba masanya daftar pedofil di Malaysia diadakan dan diberi akses kepada orang ramai supaya anak-anak mereka dapat dilindungi. Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Comments

comments