Dari London Ke New York Hanya 2 Jam? – Jet Supersonik Bakal Dilancarkan Pada 2028

jet supersonic

Dunia bergerak seiring dengan teknologi, kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan situasi teknologi yang kian berkembang.

Terkini, jet keluaran Spike Aerospace mengambil masa hanya dua jam untuk terbang dari London ke New York. Waahhh, hebat bukan?

Bercerita dari sudut kapasiti, Spike S-512 Supersonic dikatakan boleh membawa 18 orang penumpang dalam satu masa dan bakal dilancarkan sekitar tahun 2028.

jet supersonic

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, Vik Kachoria berkata dia yakin hampir kesemua individu yang suka mengembara dalam jangka masa yang pantas dan cepat.

“Sejak awal, memang semua orang nak bergerak dengan laju”.

“Dapat bergerak ke satu-satu tempat dengan laju juga boleh meningkatkan lagi peluang. Nak naik unta? Atau terbang merentasi laut Atlantik dalam enam jam atau naik kapal selama empat minggu? 

Bayangkan perjalanan enam jam disingkatkan kepada tiga jam. Itulah yang ditawarkan oleh jet supersonik”.

Wahhhh, kalau macam ni, senang la nak travel…

Join Telegram Amazing Nara untuk info menarik!

SUMBER

Comments

comments