DBP Umumkan ‘Kuetiau’ Ejaan Rasmi Bahasa Melayu

ejaan kuetiau

Sebut sahaja ‘Kuetiau’, pasti terbayang di minda kepingan mee berwarna putih lembut yang diperbuat daripada tepung beras. Ianya enak dimakan dalam hidangan gorengan ataupun berkuah.

Terbaru, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akhirnya dapat menyelesaikan masalah ejaan yang menjadi sebutan dan tanda tanya orang ramai mengenai mee beras putih yang begitu popular di negara ini.

kuetiau goreng

Pastinya rakyat Malaysia pandai menyebut perkataan itu tetapi tidak semua tahu untuk mengejanya kerana banyak cara yang dieja termasuklah Kuay Tiaw, Koay Teow dan Kueh Tiaw.

Advertisement

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi posting Facebook mengumumkan ejaan yang betul dalam Bahasa Melayu ialah ‘Kuetiau’ dan ia sangat dialu-alukan oleh beberapa pemilik kedai makan.

kuetiau berkuah

Penjual kuetiau yang ingin dikenali sebagai Lai, menyatakan sebutan hidangan makanan yang popular itu diseragamkan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan khususnya buat pelancong.

“Saya mengalu-alukan standardisasi ejaan yang betul supaya semua pelanggan tidak keliru dengan hidangan yang mereka pesan kerana ejaan yang berbeza”.

Dieja dan disebut sebagai ‘kuetiau’ yaaa, jangan lupa order kat kedai makan.. sedappp..

SUMBER

Comments

comments

SOURCEMalay Mail