5 Idea Kreatif Untuk Dekorasi Dapur Dengan Bajet Bawah RM100 Sahaja

Kabinet dapur warna putih dan hitam

Mungkin anda sudah bosan dengan deko dapur yang sedia ada, mana tidaknya sudah bertahun-tahun dekorasi yang sama. Mahu deko sudah pasti pasti kos yang mahal adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran kita. Malah boleh mencecah ribuan ringgit. Kadang terlintas juga di fikiran kita untuk mengubah suai dekorasi dapur.

Di dalam perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi 5 idea deko dapur yang super-duper-jimat. Tak perlu upah tukang, boleh buat sendiri dan barangan boleh didapati di kedai berhampiran. Ada 5 tips untuk anda deko dapur dengan bajet di bawah RM100.

1.Wallpaper dinding

tingkap dapur warna putih

wallpaper home decor

Warna dinding memainkan elemen yang penting dalam menceriakan keadaan. Dengan hanya RM4.04, anda sudah boleh memiliki segulung wallpaper berukuran 45x200cm untuk menampal atau menggantikan ruangan dinding kabinet dapur rumah. Sebelum beli tu, sebaiknya mengukur dahulu ruangan dapur.

2. Vinyl wallpaper kabinet

kabinet dapur warna merahd dan hitamsolid waterproof vinyl

Bosan dengan warna kabinet rumah? Merancang untuk tukar yang baru? Senang je, lebih baik buat sendiri. Tak perlu panggil kontraktor ganti pintu baru. Gunakan sahaja wallpaper vinyl untuk kabinet anda!

Dengan harga serendah RM7.11, wallpaper vinyl kabinet dengan berukuran 0.6x1m anda sudah dapat menceriakan lagi dapur anda. Pastikan sekali lagi anda ukur saiz setiap pintu kabinet ya.

3. Label makanan

label makanan shopee

Dapatkan sticker label untuk setiap bahan makanan dapur anda ini bagi memudahkan anda mengambil bahan-bahan untuk memasak nanti. Tetamu juga pasti kagum lihat betapa telitinya anda jaga dapur rumah. Harganya pula tak mahal, 34 pcs sticker anda boleh dapatkan dengan harga RM9.50. Sticker label ini didatangi pelbagai variasi label yang menarik untuk kenakan bersama bekas simpanan anda di dapur.

4. Magnet pisau

magnet pisau shopee

Susunan alatan dapur yang menarik dapat menjimatkan ruang yang ada. Biasa tengok di rancangan MasterChef pisau bersusun tergantung di dinding? Dengan hanya RM6.20, anda sendiri boleh memiliki tempat untuk mengantung pisau dapur anda.

5. Langsir blind

langsir blind

Kebanyakan dapur moden (terutama sekali kediaman kondominium) tidak mempunyai pintu yang membahagikan ruangan dapur dan ruangan lain. Maka alternatif terbaik adalah dengan menggunakan langsir separa yang hanya menutup bahagian atas dapur sahaja. Kosnya tidaklah terlalu mahal, hanya bermula RM37.50.

Itu sahaja lima tips menarik untuk anda deko dapur dengan menggunakan bajet kurang dari RM100. Jom LIKE dan FOLLOW Facebook page AMAZING NARA HOME untuk dapatkan pelbagai tips deko rumah yang menarik!

Sumber

Comments

comments