“Dengan 3 Perkataan Ini, Selamatkan Nyawa Kami”, Kata Wanita Sesat Di Hutan Lendu

Kita semua takut kehilangan orang tersayang, lagi-lagi jika keberadaan mereka tidak dapat dikesan semasa melakukan aktiviti di hutan.

Tetapi lain pula dengan kisah dua peserta acara lasak Sarawak Adventure Challenge yang ditemui selamat selepas kira-kira tiga jam, dilaporkan sesat akibat terkeluar dari trek cabaran berkenaan.

Seorang wanita bernama Chai Shiaw Fung telah menceritakan pengalaman beliau apabila sesat dalam hutan ketika menyertai aktiviti Sarawak Adventure Challenge di Lundu.

Wanita ini hanya menghantar kod 3 perkataan untuk membolehkan pasukan penyelamat mencari beliau di tengah-tengah hutan yang tiada liputan internet dan GPS.

Advertisement

Beliau telah menceritakan kisahnya di dalam akaun Facebook miliknya.

3 Perkataan ini selamatkan nyawa kami 

Shiaw Fung berkata, ketika beliau sesat di dalam hutan, internet tidak lagi berfungsi dan signal GPS juga tidak dapat digunakan.

Shiaw Fung

Dua bulan sebelum ini, beliau telah muat turun satu aplikasi. Dengan aplikasi ini, 3 perkataan telah dihantar oleh beliau kepada pengurusnya. Aplikasi What3Words yang digunakan itu telah menghantar 3 perkataan ini iaitu (collapse.yardage.broadening).

aplikasi menyelamatkan nyawa beliau

Perkataan ini telah di generate oleh aplikasi tersebut secara automatik. Ia kemudian boleh diterjemahkan oleh penerima mesej tersebut.

Daripada mesej SOS tersebut, koordinat  yang tepat telah didapati dan digunakan oleh pasukan penyelamat untuk mencari mereka.

Aplikasi pengesan yang bersifat ‘live saving’

Menurut Shiaw Fung, kod 3 perkataan tersebut didapati daripada sebuah aplikasi pengesan lokasi yang bersifat ‘live saving’ .

Kod tersebut dihantar kepada pengurus beliau yang berada di luar lokasi melalui offline dan kemudiannya ditukar kepada satu koordinat.

Koordinat tersebut dihantar kepada pasukan penyelamat untuk memulakan operasi pencarian sehingga akhirnya membolehkan mereka ditemui beberapa jam kemudian.

Aplikasi yang mampu menyelamatkan nyawa

Beliau juga menggesa penganjur acara, penyelamat, serta orang ramai, khususnya yang selalu keluar mendaki gunung atau beraktiviti di hutan agar menggunakan aplikasi ini.

Ia mungkin aplikasi yang jarang digunakan di Malaysia, namun ia sangat berguna walaupun ketika offline.

Menurut sumber, aplikasi ini turut digunakan oleh pihak polis di luar negara kerana ia dapat membantu memudahkan pencarian.

Apa itu aplikasi What3Words?

Aplikasi yang diberi nama what3words ini boleh didapati secara percuma di Google Playstore. Ia merupakan sebuah aplikasi yang mengesan sesuatu lokasi hanya menggunakan 3 perkataan unik yang telah ditetapkan.

aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store

Menurut laman web what3words sendiri, mereka telah membahagikan planet ini kepada 57 trillion segi empat dengan keluasan 3m x 3m dan menentukan setiap segi ini dengan 3 kod perkataan unik yang tidak akan berubah walaupun kawasan tersebut dirobohkan.
What 3

Menariknya, aplikasi ini juga boleh digunakan walaupun semasa tiada liputan internet atau GPS. Secara ringkasnya mereka menggunakan formula 3×3 untuk mengesan kita di ceruk mana sekalipun.

Sumber: Facebook

 

Comments

comments