Dengan Berpakaian PPE, Anggota MALBATT 850-7 Hadir Ke Majlis Pengebumian Isteri Tercinta

Pandemik COVID-19 ini ternyata memberi impak bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada seluruh dunia. Umum diketahui, jika anda pulang dari negara luar, anda harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan dan memenuhi tempoh kuarantin.

Sebak hati kami membaca kisah seorang anggota pengaman Pertubuhan Badan-Badan Bersatu (PBB) UNIFIL, MALBATT 850-7 yang tidak sempat berada disamping isteri tercinta sewaktu menghembuskan nafas terakhir.

LKpl Mohd Noh pulang dari Selatan Bumi Lubnan setelah selesai melaksanakan Misi UNIFIL.

Isteri LKpl Mohd Noh bin Samsudin menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru di Hospital Kuala Pilah pada 17 September, 4 jam setelah LKpl Mohd Noh tiba di KLIA. 

Kami tidak dapat membayangkan perasaan suami arwah apabila tidak dapat berdampingan dengan isteri tersayang buat kali terakhir.

Advertisement

Namun, Mohd Noh telah mengusahakan jalan untuk hadir ke majlis pengebumian isterinya dengan kebenaran dari pihak ATM dan KKM.

Dengan bantuan dari pihak ATM dan KKM, Mohd Noh hadir ke majlis pengebumian isterinya untuk menatap wajah isteri tercinta buat kali terakhir dengan memakai PPE.

Kami ingin mengucapkan takziah kepada LKpl Mohd Noh bin Samsudin dan semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

Sumber : MyJointForce

Comments

comments