Dengar Bunyi Deruman Enjin Kawasaki Ninja ZX-25R Yang Sangat Padu Ini!

837
kawasaki zx25r

Sejak khabar angin tentang Kawasaki sedang membangunkan kembali enjin 250cc yang mempunyai empat silinder, ramai yang ternanti-nantikan kemampuan kuasa yang mampu dicapai model terbaru ini.

Selepas rekabentuk nya didedahkan pada Tokyo Motor Show 2019 yang lalu, kini deruman enjin Kawasaki Ninja ZX-25R ini mencuri tumpuan ramai. Rakaman bunyi deruman enjin ini telah dikongsikan oleh YouTube Kawasaki Indonesia.

Bunyi ekzos Ninja ZX-25R yang dikatakan menyamai deruman jentera 4-silinder Kawasaki lain seperti ZX-6R. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana bunyi deruman ekzos ini begitu kuat dan padu sekali walaupun dianggap sportbike suku liter.

Berdasarkan spesifikasi, model ZX-250R mendapat tetapan yang bersesuaian dengan litar lumba walaupun diklasifikasikan sebagai jentera ‘entry-level’. Antara ciri premiumnya adalah lampu LED, konsol digital serta teknologi ride-by-wire selain daripada upside down fork dan linked monoshock.

kawasaki zx25r

Selain itu, model kali ini turut menampilkan Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS) dan Power Mode. Model baru ini dijangka akan dilancarkan di Asia pada tahun hadapan. Difahamkan juga, model ZX-25R ini akan dijual di pasaran Indonesia dengan harga sekitar IDR 100 juta hingga IDR 130 juta (RM29,673 hingga RM38,575).

Comments

comments