Akibat Desakan Dan Kekangan, NCIG Tutup Operasi Di Malaysia

13416

Kita semua tahu bahawa kerajaan bakal menggubal undang-undang baru bagi mengawal selia pengunaan tembakau,vape dan juga shisha.

Ini juga telah menyebabkan pemilik jenama rokok elektronik popular tempatan, NCIG (Malaysia) Sdn Bhd menyampaikan berita sedih kepada semua golongan perokok yang beralih kepada rokok elektronik jenama ini.

Ketua Pegawai Eksekutif NCIG (M) Sdn Bhd, Shariffuddin Bujang berkata mereka akan menghentikan operasi di Malaysia dalam tempoh terdekat ini.

tutup operasi

Ini kerana beliau akan menumpukan pasaran luar negara terutama di Eropah dan United Kingdom selepas industri e-rokok atau vape tidak diregulasi lagi di negara ini.

Desakan, ataupun banyak kekangan, untuk kami meneruskan operasi di Malaysia. Kalau kami meletakkan usaha yang sama di negara luar, kami rasa kami akan mampu membantu ramai orang.

Di Malaysia, nikotin tidak ada regulasi dalam bentuk vape dan undang-undang itu masih lagi dibentuk dan akan dibincangkan di Parlimen bulan Mac tahun depan.

 

 

View this post on Instagram

 

Goodbyes are never forever. It just means we’ll miss you until we meet again. Thank you Malaysia.

A post shared by NCIG MALAYSIA OFFICIAL (@ncigmy) on

Apakah kesannya kepada usahawan Melayu yang menjual vape?

usahawan Melayu

1. Industri kreatif bakal terjejas kerana syarikat vape menggunakan bakat anak muda tempatan bagi menghasilkan reka bentuk, pengiklanan, pembungkusan dan juga melabur dalam produk dagangan bagi tujuan promosi.

2. Usahawan vape tidak dapat menjana pendapatan mereka jika kerajaan haramkan penjualan vape kerana permintaan vape akan berkurang.

3. Ramai orang bakal kehilangan pekerjaan jika berkerja di syarikat vape yang besar seperti NCIG.

 

produk sifar nikotinBuat masa ini, NCIG akan menumpukan kepada pasaran luar negara yang mempunyai peraturan bagi produk elektronik khususnya di United Kingdom dan Indonesia.

NCIG

 

Sumber: Awani

Comments

comments