‘Dessert’ Murah Dan Sedap, Kedai Aiskrim 32 Parfait Bakal Bertapak Di Malaysia

32 Parfait buka cawangan di Kl

Korea sangat dikenali dengan pencuci mulut yang merupakan kudapan pilihan ramai ketika bersantai dan ia diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, rasa, warna dan juga bentuk.

Bagi yang pernah melancong ke Korea, mesti anda pernah menikmati dessert aiskrim yang terkenal dengan ketinggian 32cm di sekitar Myeongdong.

aiskrim 32 Parfait

 

Advertisement

Bagi yang tidak pernah atau tidak berkesempatan untuk merasa, berita baik untuk semua kerana dessert aiskrim 32 Parfait akan membuka cawangan pertama di Lot 10 Bukit Bintang, Malaysia. Ia merupakan kedai aiskrim yang menyajikan dessert dengan harga mampu milik dan sedap juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Aiskrim 32 Parfait

Lebih menarik, cawangan pertama yang dibuka di Malaysia akan menyediakan pelbagai jenis perisa seperti coklat, vanilla, vanilla coklat, strawberi, manga, teh hijau dan juga yogurtblue.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan menikmati sendiri dessert aiskrim yang bersaiz tiga kali ganda dari aiskrim biasa.

Join Telegram Amazing Nara untuk info yang menarik!

SUMBER

SUMBERThe Vocket

Comments