Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire Kalahkan Avengers:Endgame Di Jepun

1692

Zaman kita kecil dahulu pasti gemar menonton siri animasi Detective Conan di TV3 bersama adik beradik di rumah. Kadang-kadang sampai berebut Televisyen dengan ayah sebab waktu itu Maghrib.

Tahukah anda,  filem Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire yang baru seminggu ditayangkan di Jepun telah berjaya mengatasi filem Avengers: Endgame.

Filem Avengers: Endgame telah menjadi hits di seluruh dunia tetapi hanya mampu bertahan selama seminggu di Jepun.

Wah sangat hebat filem animasi Jepun berjaya mengatasi filem Avengers. Ini juga bukan kali pertama terjadi di Jepun. Dimana sebelum ini juga filem Detective Conan: Zero the Enforcer berjaya membuat kutipan tiket yang jauh lebih banyak daripada tayangan pembukaan Avengers: Infinity War.

Rakyat Jepun mempunyai sikap yang sangat menyokong industri perfileman mereka.

Malaysia bilakah anda akan menjadi seperti Rakyat Jepun?

Comments

comments