Detik Menerima Hidayah Masih Segar Di Ingatan Adam Corrie

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan pelakon aksi terkenal Adam Corrie Lee Abdullah atau lebih mesra dipanggil Adam Corrie memeluk agama Islam sekitar 14 tahun lepas.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Adam Corrie menerusi satu perkongsian di laman media sosial Facebooknya hari ini.

“Saya masih ingat lagi, di waktu pagi sekitar 3 ke 4 pagi pada 13 Julai 2007 iaitu 14 tahun lalu, yang mana ketika itu, saya belum kembali pada fitrah (menganut Islam). Tapi, saya nekad inginkan kehidupan yang lebih baik”.

“Saya berdoa minta pada Allah; Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati, berikanlah aku petunjuk”.

Adam Corrie berkata sejurus selepas mendapat mimpi tersebut dia terus pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) untuk mengucap dua kalimah syahadah.

“Paginya, saya terus pergi ke Perkim untuk mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Ambran.

Alhamdulillah, Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hamba-Nya yang mencari kebenaran dalam hidup ini”. 

“Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqomah dalam Islam kepada diri saya dan kita semua”.

Antara amalan yang sering Adam Corrie lakukan adalah berdoa pada waktu mustajab iaitu pada pukul 3.30 pagi.

Advertisement

Pelakon yang sering tampil dalam filem dengan watak antagonis ini berasal daripada Pulau Pinang dan fasih berbahasa melayu menyebabkan namanya naik dalam industri lakonan.

Antara filem dibintangi Adam Corrie yang paling popular adalah KL Gangster 1 dan 2 di mana dia memegang watak Dragon, seorang gangster cina.

Adam Corrie peluk islam

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Adam Corrie juga mempunyai bakat dalam bidang tarian dan pernah aktif sebagai penari profesional serta pereka tari dalam Akademi Fantasia musim kedua dan keempat.

Pada tahun 2017, Adam Corrie telah menerima anugerah ‘Tokoh Saudara Kita’ sempena sambutan Maal Hijrah 1439 peringkat Selangor.

Sumber

SUMBERHarian Metro

Comments