Di Mana Madeliene? Kisah Kanak-Kanak Hilang Paling Kontroversi Hingga Kini

21418

Walaupun sudah 12 tahun berlalu, kanak-kanak bernama Madeliene atau nama panggilannya Maddy ini masih belum dijumpai. Tiada khabar berita atau info yang diterima tentang keberadaan Maddy sekarang. Dan segalanya bermula semasa percutian keluarga yang bertukar tragedi.

Keluarga Madeliene

maddy family
Pasangan Gerry dan Kate McCann ni adalah doktor. Diaorang berdua mula bertemu pada tahun 1993 dan berkahwin lima tahun kemudian. Seterusnya, lahirlah Madeleine (2003) dan pasangan kembar lelaki dan perempuan (2005).

Okay. Pada 28 April 2007, keluarga McCann fly ke Portugal bersama tujuh orang lagi rakan mereka. Rata-rata background mereka semua ni adalah daripada medical profession.

maddy
Destinasi percutian tu bertempat di Praia da Luz, Portugal. Kiranya satu tempat yang memang sangat sesuai untuk percutian keluarga.

maddy
Mereka semua menginap di sebuah bangunan apartment yang sama tetapi berlainan bilik dengan pasangan McCann tinggal di bilik apartment bernombor 5A.

Tinggalkan anak-anak di bilik

maddy
Sepanjang percutian, hampir setiap malam Gerry dan Kate akan menidurkan anak-anak mereka terlebih dahulu. Kemudian keluar untuk pergi makan malam di restoran tapas yang jaraknya hanya 55 meter dari bangunan apartment. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Tapas Seven (gelaran diberikan media kepada tujuh orang rakan pasangan McCann).

maddy
Tapas Seven

Pasangan McCann dan Tapas Seven ni meninggalkan anak-anak mereka dekat apartment masing-masing yang tidak berkunci. Bila anak sudah ditidurkan, barulah mereka keluar enjoy dan bersantai dekat restoran tu. Tapi, tak adalah sampai tahap biarkan begitu je anak-anak mereka tu.

Mereka memakai satu sistem penggiliran. Lebih kurang setiap 30 minit, salah seorang daripada mereka ni akan pergi ke apartment untuk memeriksa serta memantau keadaan. Pada awal percutian, sistem tu berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah.

Malam tragedi

maddy
Hinggalah malam 3 Mei 2007, mimpi ngeri yang sebenar untuk pasangan McCann. Jam 8.30 malam, Gerry dan Kate pergi ke restoran tapas meninggalkan Madeleine serta anak kembar mereka.

Pasangan McCann dan Tapas Seven enjoy the moment di restoran tapas tu buat seketika. Jam 9 malam, pemantauan pertama dilakukan oleh salah seorang daripada Tapas Seven iaitu
Matthew Oldfield. Selepas tu, seorang demi seorang pergi memeriksa di apartment. Everything is normal. Ingat… mereka check semua apartment. Bukan apartment sendiri je.

“Maddy hilang!”

maddy
Jam 10 malam, tibalah giliran Kate. Bila masuk apartmentnya tu, Kate dah rasa lain macam. Pintu bilik, tirai serta tingkap dalam keadaan sedikit terbuka luas berbanding semasa dia keluar dari apartment tersebut.

Kate pun lekas masuk ke dalam bilik tidur anak-anaknya. Dia sedikit lega bila melihat si kembar masih lagi nyenyak tidur. Rasa panik terus menyelubungi Kate selepas mendapati Madeleine tiada dalam bilik tersebut.

Puas Kate mencari di apartmentnya termasuklah dalam almari, dapur dan bilik mandi. Bagaimanapun, Madeleine langsung tak kelihatan. Kate menyedari anak perempuannya yang berumur 3 tahun lebih tu sudah hilang!

maddy
Kate berpatah balik ke restoran. Dia menjerit…

“Madeleine dah hilang!”

“Mereka dah culik Madeleine!”

Keadaan terus menjadi kelam-kabut. Hampir semua kakitangan di resort tu dikerah untuk mencari Madeleine. Polis tempatan tiba pada jam 11 malam untuk mendapatkan keterangan awal daripada pasangan McCann.

Siasatan bermula

maddy
Goncalo Amaral

Siasatan penuh dilancarkan oleh polis tempatan pada keesokan paginya. Siasatan yang diketuai Inspektor Goncalo Amaral tu tertumpu kepada pemeriksaan di kawasan apartment.

Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah seperti tanda pecah masuk, pergelutan, kehilangan barangan berharga dan lain-lain. Jadi… memang tiada sebarang elemen penculikan.

Keluarga tak puas hati dengan siasatan

maddy
Sementara tu, pasangan McCann memang mengesyaki bahawa Madeleine telah menjadi mangsa penculikan. Pada masa yang sama, mereka tak berpuas hati dengan progress siasatan yang dijalankan oleh polis tempatan. Prosedur siasatan yang sangat lambat. Sepertinya, polis tempatan tu tak bersedia untuk menangani kes sedemikian.

Jadi sebagai langkah awal, pasangan McCann mengambil jalan tersendiri dengan menghubungi saudara mara mereka yang berada di Britain. Saudara mara mereka tu pula menghubungi stesen media UK. Maka, bermula saat itulah kes Madeleine mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia.

Gambaran lelaki misteri

maddy
Berdasarkan siasatan awal polis tempatan, satu-satunya petunjuk penting dalam kes ni adalah dua penampakan seorang “lelaki misteri”.

Saksi pertama iaitu Jane Tanner daripada Tapas Seven mendakwa ada berselisih dengan “lelaki misteri” pada jam 9.15 malam kejadian semasa dia on the way ke apartment. Lelaki misteri yang berambut gelap serta memakai jaket tu berjalan dalam keadaan mendukung seorang kanak-kanak perempuan seakan menyerupai Madeleine.

Saksi kedua pula adalah keluarga Smith yang merupakan pelancong dari Ireland. Dalam jam sekitar 10 malam, mereka mendakwa ada melihat seorang lelaki misteri sedang mendukung kanak-kanak perempuan berambut perang yang dianggarkan berusia 3 ke 4 tahun.

Apa yang membezakan penampakan Jane dan keluarga Smith adalah gambaran wajah lelaki misteri tersebut.

maddy
Selepas risikan serta siasatan dibuat, polis tempatan berjaya mengenal pasti lelaki misteri yang digambarkan oleh Jane Tanner adalah Robert Murat iaitu seorang perunding hartanah berusia 34 tahun.

Robert Murat yang kemudiannya ditahan telah disoal siasat oleh pihak polis tempatan selama 19 jam. Namun, tiada sebarang bukti untuk mengaitkannya dengan kehilangan Madeleine. Meskipun dibebaskan, Robert tetap diyakini sebagai salah seorang suspek.

Laman web khas untuk Madeleine

maddy
Pasangan McCann teguh dengan pendirian mereka bahawa Madeleine telah diculik. Disebabkan masih rasa tidak berpuas hati dengan siasatan polis tempatan Portugal, mereka pun melancarkan kempen tersendiri. Salah satu daripada kempen tu adalah meminta derma. Satu tindakan yang dikritik oleh ramai pihak.

Persepsi pakcik makcik bawang lebih kurang begini…

“Kenapa sampai sanggup meminta derma? Sedangkan banyak lagi kes penculikan yang berlaku. Lebih teruk daripada kes Madeleine pun ada…”

Seperkara lagi, Gerry dan Kate telah melancarkan satu laman web khas untuk mencari Madeleine. Sejak terciptanya laman web tu, pasangan McCann menerima begitu banyak mesej maklumat tentang Madeleine. Namun, semua maklumat tu sia-sia. Tiada satu pun yang membantu perkembangan kes.

Anjing pengesan khas

anjing
Kemuncak kes ni sebenarnya adalah dengan kehadiran dua ekor anjing pengesan khas yang terlatih dari Britain bernama Eddie dan Keela. 

Eddie dan Keela yang dibawa masuk ke dalam apartment 5A telah menyalak pada kawasan lantai sofa yang berdekatan dengan tingkap ruang tamu.

Seterusnya, dua ekor anjing tu ada mengesan bau pada bahagian but kereta yang disewa oleh pasangan McCann tiga minggu selepas kehilangan Madeleine. Ayat yang biasa dipakai, something suspicious here.

Disebabkan itu, Inspektor Goncalo Amaral mengemukakan teori awal bahawa Madeleine telah mati akibat satu insiden yang tidak disengajakan iaitu terjatuh di bahagian lantai sofa ruang tamu. Pasangan McCann yang panik telah bertindak melupuskan mayat Madeleine di tempat lain.

Pasangan McCann kemudian ditahan untuk disoal siasat. Atas nasihat peguam, mereka berdua tidak menjawab soalan meskipun sesi soal siasat berjalan berjam-jam lamanya.

Ada sesuatu tidak kena

maddy
Satu lagi teori lain adalah pasangan McCann dan Tapas Seven sengaja cover up kematian Madeleine. Semua tindakan sudah dirancang dari awal. Masing-masing ingin lepaskan tengkuk. Maklumlah, mereka semua ni golongan yang sangat educated. Kalau kantoi, habislah reputasi.

Bulan Oktober 2007, tak ada angin, tak ada ribut. Inspektor Goncalo Amaral telah diberhentikan daripada mengetuai siasatan kes kehilangan Madeleine. Goncalo begitu kecewa kerana dialah yang membina siasatan dari awal.

maddy
Inspektor Paulo Rebelo kemudian dinamakan sebagai pengganti Goncalo. Seterusnya, pasangan McCann dan Robert Murat digugurkan sebagai suspek ekoran tiada sebarang bukti forensik yang kukuh untuk mengaitkan mereka.

Bulan Mei 2011, pihak berkuasa UK telah mengumumkan satu kertas siasatan baru kes Madeleine akan dijalankan. Siasatan yang dinamakan sebagai Operasi Grange tu dianggotai oleh rata-rata detektif yang berpengalaman.

Perkara pertama sekali yang pasukan penyiasat ni buat adalah meneliti fail siasatan polis tempatan Portugal. Mereka mendapati terlampau banyak lompong dalam siasatan kes tersebut.

Wajah terkini Maddy jika masih hidup

maddy
Dipendekkan cerita, pasukan penyiasat ni memperolehi maklumat tentang “stranger” yang berada di luar blok apartment 5A sepanjang minggu kejadian. Dia dilihat sedang memerhatikan keadaan sekeliling.

Harus diingatkan, kes rompakan sering berlaku di kawasan resort tu. Maka, tercetus teori rompakan. Berkemungkinan Madeleine terbangun semasa kejadian rompakan. Sesuatu telah berlaku hingga menyebabkan perompak tu diserang rasa panik. Jadi, dia pun membawa Madeleine pergi.

Di mana Maddy?

maddy
Hingga ke hari ini, apa sebenarnya yang berlaku terhadap Madeleine masih lagi kekal sebagai misteri. Adakah benar dia diculik atau sekadar konspirasi pasangan McCann untuk menutup jenayah yang mereka telah buat?

Satu bukti penting yang masih lagi gagal untuk ditemui menyebabkan kes ni dianggap adalah paling kontroversi serta sukar untuk diselesaikan.

Selain kisah penculikan ini, anda juga boleh baca tentang kisah wanita pertama terbunuh di lereng gunung Everest. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kisah Hannelore Schmatz Wanita Pertama Terbunuh Di Lereng Gunung Everest

Sumber

Comments

comments