“Dia Anak Harapan Keluarga” – Penghantar Makanan Maut Dihempap Pokok Tumbang

rider maut dihempap pokok

Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun maut dihempap dahan pokok tumbang di Jalan Damai Jasa berhampiran sebuah stesen minyak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng sebelum dahan sebatang pokok secara tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa.

Ibu kepada Syed Izzat Izzudin Syed Mohd Zaidi, Inang Suhana Abu Bakar berkata, anak sulung daripada lima beradik itu merupakan tempat bergantung kerana membantunya menanggung keluarga mereka selepas suami sakit dan tidak dapat bekerja.

“Dia anak harapan keluarga. Saya tidak mampu untuk menahan kesedihan dengan pemergian ini”.

Menurut ibu mangsa, ketika kejadian arwah sedang bekerja sebagai penghantar makanan.

Advertisement

“Saya berada di rumah dan menerima panggilan daripada rakan Izzat pada jam 4 petang memberitahu Izzat kemalangan. Saya segera hubungi adik ipar yang tinggal berdekatan lokasi kejadian untuk pergi melihat keadaannya”.

kenyataan mengenai pokok tumbang

“Beberapa minit kemudian adik ipar hubungi saya semula beritahu Izzat sudah meninggal dunia”.

Ujarnya, arwah sempat menghantar dua adiknya berusia 12 dan lapan tahun ke sekolah agama sebelum memulakan kerja.

“Saya sedih kerana Izzat pergi secara mengejut. Tambahan pula ia berlaku di bulan Ramadhan dan tidak lama lagi nak menyambut Syawal. Namun saya reda dengan ketentuan Allah”.

Tambahnya, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini.

SUMBER 

 

Comments

comments